Ramai majikan memberitahu bahawa masalah graduan yang dihadapi masa kini kebanyakkan sama sahaja rentaknya. Anda perlu mengetahui masalah dan realiti yang berlaku pada hari ini untuk memastikan anda tidak tergolong di dalam golongan yang dinyatakan di bawah ini. 7 Punca Utama Graduan Menganggur Ini maklumat yang lebih jelas mengenai masalah yang dihadapi oleh Jobseeker. Ia merupakan kajian daripada pasukan Jobstreet. 1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah: 56% Ya, sememangnya ia satu perkara yang benar. Perkara seperti ini anda boleh lihat sendiri pada rakan-rakan terdekat anda yang baru tamat belajar. Cuma lakukan sesi perbualan dalam bahasa inggeris. Dan anda sendiri akan lihat hasilnya. 2. Masalah sikap dalam diri yang teruk: 37% Apabila pihak kami mengkaji sendiri, apakah masalah sikap yang dinyatakan ini. Sikap yang dinyatakan sebagai teruk ini adalah seperti tidak mempunyai adab ketika temuduga, tidak mahir dalam komunikasi secara profesional, dan tidak