5 Fokus Program Dalam Penulisan Resume . Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain. Contoh yang paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, kami telah sediakan perkara penting mengenai program yang boleh anda masukkan dalam resume anda. Mulakan dengan 5 fokus program dalam resume seperti dinyatakan ini. 5 Fokus Program Dalam Penulisan Resume Yang Mantap 1. Program kemasyarakatan. Di IPT misalnya, kerap dianjurkan program-program yang melibatkan masyarakat seperti program anak angkat, mahasiswa ke desa, berbasikal bersama penduduk dan sebagainya. Ambil inisiatif ini untuk menyertai program-program yang dianjurkan dan masukkan ia ke dalam resume. Bakal majikan akan melihat anda sebagai seorang yang boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat dan boleh menyesuaikan di