Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Kerjaya Jururawat di Malaysia

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kerjaya Jururawat di Malaysia Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi "seni" dan "sains". Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri. Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mer

MUET - Jadual Peperiksaan 2017

MUET - Jadual Peperiksaan 2017 . Adakah anda antara calon yang telah berjaya diterima masuk ke IPT? Sudah bersedia dengan peperiksaan MUET? Graduan IPT mesti lulus peperiksaan MUET. Jika gagal lulus MUET, ia tentu akan menjejaskan tempat ke IPT. Sila semak jadual peperiksaan MUET terkini untuk tahun 2017. Pilih tarikh yang sesuai untuk hadapi peperiksaan ini, dan buat persediaan. Lihat jadual dengan tenang, dan boleh terus daftarkan diri di pautan ini -  http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin MUET - Jadual Peperiksaan 2017 Berikut adalah jadual peperiksaan MUET untuk tahun 2017. Seram sejuk? Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda. Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksa