Ramai calon-calon yang mahu menjawat kerjaya kerajaan. Dan dari apa yang kami lihat, ramai graduan dan lepasan siswazah samada IPT tempatan mahupun IPT luar negara yang mengisi borang perjawatan SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Proses pemilihan dan perlantikan Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD ini agak unik dan berlainan sedikit dengan mana-mana jawatan kerjaya kerajaan. Ini adalah kerana PTD ada temuduga khas yang dikenali sebagi PAC atau PTD Assessment Centre . Carta Proses Pemilihan Perlantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Carta pemilihan dan perlantikan PTD adalah seperti yang dipaparkan di bawah ini. Bagi mereka yang mahu mendapatkan kerjaya kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), mereka mestilah terdiri daripada graduan IPT yang berkelayakkan. Graduan ini perlu mendaftar di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk membolehkan mereka ditawarkan sebagai calon-calon perjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Gred perjawatan bagi PTD i