Carta Proses Pemilihan Perlantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Ramai calon-calon yang mahu menjawat kerjaya kerajaan. Dan dari apa yang kami lihat, ramai graduan dan lepasan siswazah samada IPT tempatan mahupun IPT luar negara yang mengisi borang perjawatan SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Proses pemilihan dan perlantikan Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD ini agak unik dan berlainan sedikit dengan mana-mana jawatan kerjaya kerajaan. Ini adalah kerana PTD ada temuduga khas yang dikenali sebagi PAC atau PTD Assessment Centre.

Carta Proses Pemilihan Perlantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Carta pemilihan dan perlantikan PTD adalah seperti yang dipaparkan di bawah ini.


Bagi mereka yang mahu mendapatkan kerjaya kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), mereka mestilah terdiri daripada graduan IPT yang berkelayakkan. Graduan ini perlu mendaftar di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk membolehkan mereka ditawarkan sebagai calon-calon perjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Gred perjawatan bagi PTD ialah M41. Jawatan ini diletakkan di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Bidang tugas PTD agak luas dan boleh dikembangkan kepada peringkat sehingga menjadi Duta Malaysia di luar negara.

Jadual Gaji PTD

Jadual Gaji:          
  • Gaji Minimum: RM2,253.00
  • Gaji Maksimum: RM8,731.00    
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00   

Syarat Lantikan PTD

Syarat Lantikan:    
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • dan lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon-calon yang sesuai dan berkelayakkan akan ditawarkan untuk menghadiri peperiksaan PTD. Mulai tahun 2014, peperiksaan PTD ini dijalankan secara peperiksaan atau exam online. Calon-calon perlu menyemak butiran dan maklumat mengenai peperiksaan ini di laman web SPA. Hanya calon-calon tersenarai dan dipanggil untuk peperiksaan online SPA ini sahaja yang akan diberikan pautan untuk menjawab peperiksaan online yang telah disediakan.

Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Kadet PTD

Setelah berjaya lulus peperiksaan online PTD ini, calon-calon akan dipanggil untuk urusan temuduga. Saya difahamkan semua calon yang berjaya di dalam peperiksaan akan terus diambil untuk menjadi kadet PTD selama tempoh 1 tahun. Dalam tempoh tersebut, kadet PTD akan jalani beberapa siri ujian untuk membolehkan mereka mendapatkan Diploma Pentadbiran Awam daripada INTAN.

Semasa dalam tempoh menjadi kadet PTD ini, semua calon berkelayakkan akan diberikan elaun khas.

Semua calon yang berjaya sebagai kadet PTD dalam tempoh setahun dan berjaya mendapat Diploma Pentadbiran Awam akan diserapkan ke jabatan-jabatan dalam kerajaan. Mereka yang berjaya ini akan kemudiannya disahkan perjawatan di dalam kerjaya kerajaan mengikut tempoh dan tahap yang telah ditetapkan.

Mahu sumber rujukan untuk kerjaya di dalam PTD? Langgan sekarang PERCUMA dengan isi butiran email di ruangan disediakan. Pastikan juga anda telah VERIFY email anda apabila menerima email notifikasi daripada kami.