Menerusi tinjauan dan maklum-balas daripada calon-calon ujian psikometrik sebelum ini, kebanyakan soalan adalah berkaitan dengan diri anda - menilai dari segi keupayaan, minat dan kecenderungan serta nilai-nilai sahsiah yang diperlukan untuk jawatan gred 41.
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik gred 41
Ujian Psikometrik adalah merupakan ujian kendiri. Soalan-soalan yang bakal ditanya akan berkisar keperibadian diri calon, respon kepada situasi, keboleharapan, penilaian integriti dan kesesuaian kepada tugas dan tanggungjawab perjawatan gred 41.
Ujian ini adalah penilaian personaliti/kompetensi, ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan. Pemarkahan adalah berdasarkan merit dan hanya keputusan LULUS atau GAGAL yang akan diberikan kepada calon.
Ini bermakna, tiada markah lulus atau gagal yang khusus untuk ujian ini.
Tips Lulus Ujian Psikometrik
Adalah satu kelebihan jika calon telah menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk soalan yang bakal ditanya di dalam ujian ini. Calon mampu mengenal-pasti bentuk soalan yang samada menguji kebolehan yang ada atau kebolehan yang diperlukan untuk jawatan. Calon yang telah membuat latihan ujian psikometrik pasti dapat menjawab dengan tepat dalam tempoh diberikan, tanpa meninggalkan satu pun soalan tanpa jawapan.
PENTING untuk calon menjawab semua soalan kerana setiap soalan ada markah merit diberikan, dan setiap jawapan memberikan markah merit berbeza. Jumlah keseluruhan markah merit inilah yang akan diambil kira samada berada di dalam julat merit lulus yang telah ditetapkan.
Maka, satu-satunya cara atau tips untuk lulus di dalam PSEE Ujian Psikometrik gred 41 ini adalah dengan melakukan banyak latihan menjawab contoh-contoh soalan meliputi pelbagai aspek penilaian.
Klik link diberikan di bawah untuk tempahan pakej rujukan ini.
Rujukan Terkini Ujian Psikometrik 2022
Hanya ada satu ebook rujukan yang memenuhi ciri ini, iaitu pakej rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Inilah satu-satunya rujukan yang PROVEN telah membantu ramai calon-calon PSEE termasuklah calon gred 41 untuk persediaan sebelum ujian psikometrik sebenar.Pakej rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan dengan lebih 90 mukasurat - lengkap dengan huraian atau penerangan jawapan. Ya, ada huraian jawapan untuk anda FAHAM KENAPA JAWAPAN dipilih. Kena ingat, ujian ini adalah ujian kendiri, dan setiap calon mempunyai nilaian, pendapat, pengetahuan, perilaku, respon yang saling berbeza. Kefahaman inilah yang akan membantu calon, terutama sekali jawatan gred 41 memilih jawapan yang benar-benar tepat ketika ujian psikometrik sebenar kelak.
Selain itu, pakej rujukan ini juga ada memberikan beberapa tips lain untuk menjawab, khususnya dalam merungkai soalan-soalan yang bersifat memerangkap atau mengelirukan.
Maka, andai anda calon gred 41 yang betul-betul serius untuk memastikan persediaan yang cukup sebelum ujian sebenar, gunakan rujukan ini yang telah membantu ramai calon sebelum ini.
Klik link diberikan di bawah untuk tempahan pakej rujukan ini.
