Langkau ke kandungan utama

Rujukan Psikometrik SPA Terkini 2022

Peluang Kerja di Singapura
Setiap tahun, pihak SPA akan menjalankan Ujian Psikometrik kepada calon-calon yang telah berjaya lulus di dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Sebelum ini, peperiksaan ini dijalankan serentak atau terkandung di dalam PSEE, tetapi kemudiannya dikendalikan secara berasingan.

Ujian ini diasingkan sesuai dan berpadanan dengan Ujian SPiER yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk beberapa jawatan berkaitan penguatkuasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu memastikan calon yang berjaya adalah calon yang berintegriti, bertanggungjawab dan sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Rujukan Ujian Psikometrik edisi 2022

Rujukan Psikometrik SPA Terkini 2022

Ujian Psikometrik adalah merupakan ujian sikap dan personaliti. Ada beberapa trait penilaian yang akan diuji dalam beberapa set soalan, samada bersaling-kait atau secara rawak.

Ramai calon yang tidak sedar, ada beberapa set soalan yang mampu memerangkap calon. Bentuk soalan yang nampak seolah sama, tetapi sebenarnya berbeza.

Dan, jawapan-jawapan yang diberikan calon, berkemungkinan akan turut disoal dan dinilai semasa sesi temuduga sekiranya calon terpilih. Jadi, calon perlu berhati-hati dan paling penting jujur di dalam setiap jawapan yang dipilih.

Elakkan keraguan. Sembunyikan perkara-perkara dan nilai negatif, yang biasanya akan memberikan markah merit yang rendah.

Amnya, tiada sebarang julat markah atau merit lulus diumumkan oleh pihak SPA.

Daripada pengalaman kami, markah lulus keseluruhan sentiasa berubah dan berbeza mengikut keperluan dan kehendak jabatan terbabit, selain perlu menepati gred perjawatan dan tanggungjawab setiap tugas.

Versi 2022 Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Bagi membantu calon untuk menjawab soalan-soalan Ujian Psikometrik SPA, pihak Tim Infokerjaya telah mengemaskini rujukan Ujian Psikometrik yang kini disertakan dengan huraian jawapan, terutama sekali untuk soalan-soalan yang berkemungkinan mampu memerangkap calon.

Jika anda adalah calon yang akan menghadapi Ujian Psikometrik ini, gunakan rujukan ini sebagai panduan terbaik sebelum peperiksaan atau ujian sebenar.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik


Rujukan Psikometrik SPA 2022

Ia akan mampu melatih diri anda untuk memilih jawapan yang tepat selain memastikan anda berfikiran positif sepanjang menjawab soalan-soalan ujian ini nanti.

Ramai calon gagal pada peringkat penilaian Ujian Psikometrik kerana kurang bersedia, dan ambil langkah sambil lewa sedangkan ujian ini sangat penting dan WAJIB LULUS untuk ke peringkat seterusnya.

Guna Rujukan Kemaskini Edisi 2022

Jika anda merasakan persediaan adalah sesuatu yang penting sebelum ujian sebenar, boleh dapatkan rujukan ini - kemaskini edisi 2022 sebagai keperluan penting untuk ulangkaji dan latih-tubi sebelum menghadapi Ujian Psikometrik sebenar SPA.

Boleh dapatkan rujukan ini secara online menerusi link berikut:

[+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ujian-psikometrik/2624

Akhir kata, kami di ikerjayagraduan dan Tim Infokerjaya mendoakan kejayaan anda. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada Tuhan untuk dipermudahkan segala urusan.

Selamat berjaya.





Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Klik Sini untuk Info

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Awas .. Perangkap Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon