Oct 20, 2021

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir W19

Anda dipanggil untuk mengambil Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik bagi jawatan Pembantu Tadbir gred W19? Tahniah, anda adalah merupakan ribuan calon bertuah untuk menjalani ujian ini.

Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir W19 adalah merupakan salah satu penilaian penting dan wajib lulus untuk pengambilan baharu memasuki perkhidmatan awam. Ia adalah salah satu cara pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menapis calon yang benar-benar layak, bersandarkan kepada personaliti (tahap kopentensi), sahsiah, minat, integriti, dan beberapa lagi trait penilaian.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir W19

Rujukan PSEE Psikometrik Pembantu Tadbir W19

Ujian Psikometrik dikendalikan pihak SPA akan mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit). Ujian ini adalah WAJIB LULUS dan perlu melebihi merit yang telah ditetapkan, samada oleh SPA, Jabatan atau Kementerian Berkaitan serta memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Ujian ini akan melibatkan jumlah soalan yang agak besar, biasanya sehingga 200 soalan dengan pelbagai bentuk selain pilihan jawapan yang pelbagai berdasarkan kepada kemungkinan yang ada.

Ia dilakukan secara penilaian kendiri oleh calon. Calon perlu menjawab dengan jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Setiap jawapan mempunyai nilai merit tertentu yang akhirnya akan dikomulasikan bagi penentuan merit - lulus atau gagal.

Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir W19

Berikut adalah beberapa contoh soalan untuk PSEE Ujian Psikometrik jawatan Pembantu Tadbir gred W19:

1. Saya sentisa bersikap positif dalam apa jua keadaan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

2. Matematik adalah subjek matapelajaran yang saya minati
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Kurang setuju
E. Tidak setuju

3. Saya akan membuat aduan dan laporan jika ternampak salah-laku
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

4. Wang adalah kunci kebahagiaan
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

5. Saya seorang yang suka mengambil tanggungjawab
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Untuk membantu calon, kami syorkan anda menggunakan rujukan dan set contoh soalan disediakan oleh Tim Infokerjaya. Rujukan ini menyediakan lebih 200 contoh soalan sebagai latih-tubi, lengkap dengan jawapan.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik 2021

[+] Tempahan Segera Rujukan Ujian Psikometrik

Klik link disediakan di atas untuk tempahan segera. Semak email anda nanti setelah pengesahan tempahan dilakukan. Buat semua contoh soalan diberikan, dan lakukan di dalam tempoh masa seperti di dalam ujian Psikometrik sebenar.

Selamat berjaya dan semoga membantu.


Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan

Artikel Terkait