Oct 21, 2021

Contoh Soalan Exam Penguasa Penjara KA41

Dah sedia dan dapatkan set soalan peperiksaan online (PSEE) jawatan Penguasa Penjara KA41? Jika belum, anda berada di laman web yang betul. Nak lulus di dalam peperiksaan ini, anda perlu ada rujukan serta contoh soalan untuk latih-tubi sebelum peperiksaan sebenar.

Ramai calon gagal kerana sikap sambil lewa dan endah tak endah mengenai persediaan sebelum peperiksaan. Walhal, dalam apa-apa jenis dan bentuk peperiksaan, keperluan membuat persediaan atau ulangkaji adalah sangat penting.

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penguasa Penjara Gred KA41

Rujukan PSEE Penguasa Penjara

Untuk membantu calon yang bakal menghadapi peperiksaan online bagi Penguasa Penjara gred KA41, berikut adalah beberapa contoh soalan yang boleh dijadikan rujukan awal untuk memahami bagaimana penilaian akan dilakukan.

Peperiksaan online Penguasa Penjara KA41 sesi Oktober 2021 akan melibatkan dua seksyen utama iaitu - Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.

Jom lihat beberapa contoh soalan di bawah ini:

Soalan Penguasa Penjara KA41 Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Penjara KA41 bagi seksyen tersebut:

1) Kebarangkalian bagi Ramli menembak tidak menepati sasaran adalah 3/16. Berapakah kemungkinan bilangan tembakan yang tepat mengenai sasaran dalam 48 kali cubaan beliau?

A. 9
B. 16
C. 32
D. 39

2) Hadiah tempat pertama bernilai RM20,000.00. Hadiah tempat kedua bernilai 25% kurang daripada tempat pertama. Hadiah tempat ketiga bernilai 1/3 daripada tempat ke 2 dan 10 hadiah saguhati bernilai RM250.00 setiap satu. Berapakah jumlah nilai semua hadiah tersebut?

A. RM40,250.00
B. RM42,500.00
C. RM45,250.00
D. RM47,500.00

3. Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan dua jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m 1/4 daripada pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok kertas?

A. 75
B. 30
C. 25
D. 100

4. Ali memandu dengan kelajuan 120 km/j ke destinasi di Melaka. Selepas 80km, kereta Ali mengalami kerosakan. Berapakah masa perjalanan yang telah dilalui oleh Ali?

A. 35 minit
B. 40 minit
C. 45 minit
D. 1 jam 5 minit

5. Beg merah lebih berat daripada beg biru. Beg biru lebih berat daripada beg hijau. Beg hijau lebih berat baripada beg kuning. Pilih pernyataan yg benar.

A. Beg hijau lebih berat dari merah
B Beg hijau lebih berat dari beg kuning
C. Beg merah lebih berat dari kuning
D. Beg kuning lebih berat dari merah.

6. Kumpulan Melur, Kenanga, cempaka dan dahlia masing-masing mndapat markah 0.0311, 0,0205, 0.0245 dan 0.0323. kumpulan manakah mempunyai jumlah markah paling hampir dengan 0.05?

A. Melur dan kenanga
B. Kenanga dan cempaka
C. Melur dan cempaka
D. Kenangan dan dahlia

7. Apakah nombor yang seterusnya?

2+3=8
3+7=27
4+5=32
5+8=60
6+7=72
7+8= ????

A. 15
B. 98
C. 87
D. 80

8. Apakah nilai P dalam susunan nombor berikut? P, 1 , 3 , 9 , 27

A. 0.0
B. -1
C. -3
D. 0.33

9. Antara titik koordinat berikut yang manakah tidak terletak pada garis lurus y = 2x + 1?

A. (0,1)
B. (1,3)
C. (2,5)
D. (3,9)

10. Diberi panjang dan lebar bagi satu segi tiga bersudut tegak ialah 18cm dan 24 cm. Cari ukuran panjang dalam cm, sisinya yang satu lagi.

A. 26
B. 28
C. 30
D. 42

Soalan Penguasa Penjara KA41 Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Penjara KA41 bagi seksyen B, Bahasa Inggeris:

1) Juliet was __________ in love with Romeo, completely captivated and willing to give her life if they couldn’t be together.

A. partially
B. utterly
C. largely
D. highly

2) _______________ LPPSA loas approved?

A. Does your
B. Have you had your
C. Do you have your
D. Will your

3) Choose the correct answer. Choose the correct spelling.

A. kaliedoscope
B. kaleidoscope
C. caleidoscope
D. kaleodescope

4) The sentences below are correct except __________________.

A. To this end, it seems to me that oral historians and historical archaeologists could benefit a meeting of minds.
B. She’s lying you can tell it a mile a minute.
C. Choosing the best ballplayer of all the time is really a matter of opinion.
D. My father was a man of few words, but when he spoke it was worth listening to.

5) Find the best answer for question. “Can i ask you a favour?”

A. Perhaps
B. Let me think first
C. Yes, I can
D. What can i help you with?

6) His nonchalant manner infuriated me. The word nonchalant can be best replaced with ___________.

A. apathetic
B. pathetic
C. annoyed
D. aggravated

7. He _____________ committed the crime, but the evidence is not convincing.

A. perhaps
B. probably
C. possibly
D. undoubtedly


Soalan-soalan di atas adalah contoh-contoh soalan yang menepati format soalan PSEE untuk Penguasa Penjara. Walaubagaimanapun, bentuk soalan sentiasa berubah mengikut keperluan Jabatan/Kementerian.

Apapun, persediaan sebelum peperiksaan adalah sangat penting bagi memastikan calon bersedia dan paling tidak sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan bagaimana soalan akan ditanya dan penilaian dibuat terutama sekali untuk seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Ramai calon kandas kerana kurang bersedia berhadapan dengan soalan-soalan rumit di Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Calon terlalu menumpu kepada soalan sehingga terlepas soalan lain yang mungkin lebih mudah untuk diselesaikan.

Jika anda mahu pastikan anda ada kelebihan dengan calon lain, gunakan rujukan ini:

Klik Sini - Rujukan Xtra Seksyen PSEE

Rujukan ini adalah merupakan rujukan dengan set contoh soalan PSEE disertakan jawapan serta jalan penyelesaian untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan nota ringkas dan padat yang boleh menjimatkan masa.

Ada helaian rumus matematik yang boleh dijadikan panduan kelak.

Semoga dapat membantu.


Artikel Terkait