Pakej rujukan peperiksaan online PSEE Pegawai Tadbir M41 terbitan Infokerjaya adalah satu-satunya rujukan yang disertakan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan terkini. Ia meliputi kesemua tiga seksyen terbabit di dalam peperiksaan sesi Julai 2021.
Rujukan Lengkap untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir gred M41
Pakej rujukan peperiksaan ini akan dikeluarkan bermula 4 Julai sehingga 7 Julai 2021. Ia merupakan rujukan yang berbeza dengan tahun sebelumnya (2020); yang mana isi kandungan rujukan ini telah diperkemaskini dengan contoh-contoh soalan terkini, sesuai dengan keadaan semasa negara.
Jika anda calon terbabit dengan peperiksaan ini, pastikan anda menggunakan rujukan yang dikemaskini, keluaran dan terbitan terbaru dari Tim Infokerjaya - 2021. Jangan gunakan rujukan lama atau lapuk yang sudah tidak relevan dengan suasana politik dan pentadbiran negara.
Sebagai calon, anda patut cakna bahawa terdapat banyak polisi pentadbiran yang telah berubah atau mengalami beberapa perubahan sejak setahun yang lalu. Apatag lagi, bentuk soalan yang bakal ditanya pastinya akan terkait dengan keadaan semasa negara yang sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Pemilihan calon awal akan berdasarkan kepada saringan menerusi peperiksaan online PTD M41 ini. Maka, persediaan yang betul dan tepat perlu dibuat agar mengelakkan diri anda sebagai calon PTD tersingkit di tahap ini.
Info PSEE PTD M41
Untuk makluman, Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 mengandungi 3 (tiga) seksyen utama, iaitu:- Pengetahun Am - 50 soalan
- Daya Menyelesaikan Masalah - 40 soalan
- Kefahaman Bahasa Inggeris - 30 soalan
Kesemua soalan perlu dijawab menerusi pilihan jawapan disertakan. Setiap calon perlu memilih jawapan yang tepat dan betul bagi setiap soalan.
Setiap seksyen mempunyai pecahan-pecahan kecil (yang tidak dinyatakan). Misalnya, untuk pengetahuan am, seksyen ini berkemungkinan akan terdiri dari pecahan kecil berkaitan politik, pengurusan kewangan, hubungan antarabangsa, pengurusan pentadbiran dan pelbagai lagi. Ia berbeza pada setiap kali peperiksaan online dijalankan oleh SPA.
Begitu juga dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Pecahan soalan mungkin terdiri dari soalan berbentuk memahami teks disediakan, tatabahasa, struktur ayat dan sebagainya. Jika anda calon yang fasih dengan Bahasa Inggeris, seksyen ini boleh dianggap satu bonus untuk mendapatkan markah yang baik.
Soalan-soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah lebih kepada soalan matematik. Ia merupakan seksyen yang bakal mengambil banyak masa calon untuk menyelesaikan terutama soalan-soalan yang melibatkan rumus atau persamaan matematik. Pemahaman graf, carta atau jadual juga boleh menjerat calon dalam memberikan jawapan paling tepat dan pantas.
Tips Lulus Exam PTD M41
Mana-mana peperiksaan, perkara paling penting ialah membuat persediaan sebelum peperiksaan sebenar. Untuk peperiksaan online PTD ini, calon perlu melakukan persediaan rapi termasuklah memperlengkapkan pengetahuan am mengenai isu-isu semasa negara, perkara berkaitan pentadbiran, pengisytiharan Darurat kerana Pandemik, perlaksanaan pemberian vaksin, insentif kerajaan waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan pelbagai lagi isu semasa yang hangat dan penting.
Calon juga perlu mahir untuk memahami soalan terutama seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang adakalanya rumit dan mengelirukan.
Maka, cara terbaik untuk memastikan calon tidak tergamam, kaku atau 'sesat' semasa peperiksaan sebenar adalah dengan membuat banyak latihan latih-tubi soalan-soalan setiap seksyen, selain mendapatkan rujukan yang sesuai, terkini dan memenuhi format terkini disediakan oleh SPA.
Pakej Rujukan dan Contoh Soalan PSEE PTD M41 2021
Pakej rujukan PTD M41 disediakan oleh Tim Infokerjaya menyediakan contoh-contoh soalan terkini, sesuai dengan format baharu peperiksaan selain disertakan nota-nota ringkas dan padat pengetahuan am selain beberapa panduan lain. Ia juga turut disertakan dengan helaian nota berkaitan rumus dan formula matematik untuk rujukan pantas. Malah, ada beberapa tips khusus untuk memudahkan calon menjawab soalan dalam masa ditetapkan.Sedia ambil maklum bahawa rujukan ini hanya akan dibuka UNTUK TEMPAHAN pada 4 JULAI 2021 dan DITUTUP pada tengah malam 7 JULAI 2021.
Mana-mana rujukan lain yang dijual sebelum tarikh tersebut merupakan rujukan lama dan outdated. Ia tidak sesuai untuk sesi Julai 2021.
LINK Untuk Tempahan - https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ptd-m41/2624
Hanya akan aktif untuk tempahan online mulai 4 Julai 2021.
