Langkau ke kandungan utama

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mula memanggil calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 bagi Institut Kemajuan Desa atau INFRA.

INFRA singkatan dari Institute For Rural Advancement adalah merupakan sebuah
institut latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah struktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29 (INFRA)

Contoh Soalan PSEE SPA Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29

Bagi sesi pengambilan Julai 2020, pihak SPA telah menetapkan bahawa calon-calon yang layak dari segi akademik perlu memenuhi syarat untuk LULUS di dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

Peperiksaan online ini akan diadakan pada 13 Julai 2020. Tempoh masa peperiksaan online ini adalah selama 1 jam 40 minit, bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:40 petang.

Anda boleh semak samada anda adalah calon PSEE menerusi link disediakan ini - http://e-semakan.spa.gov.my/s29_infra

Format PSEE Soalan Terkini S29 Edisi Julai 2020

Berdasarkan info diterima, peperiksaan online atau PSEE pada 13 julai akan melibatkan format terkini 3 seksyen penilaian iaitu:

  1. Seksyen A - Pengetahuan Am
  2. Seksyen B - Daya Penyelesaian Masalah
  3. Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris

Format ini berbeza dengan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 sebelum ini, kerana ia melibatkan jawatan khusus untuk kekosongan di Institut Kemajuan Desa atau INFRA.

Jadi, calon yang terlibat akan ditanya mengenai pengetahuan am, terutama berkaitan dengan INFRA, dan kaitannya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Contoh Soalan PSEE Seksyen A dan Seksyen B

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan bagi calon PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 - INFRA:


1. INFRA atau Institut Kemajuan Desa diletakkan di bawah pengurusan _____________ ?

A) Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
B) Jabatan Perdana Menteri di bawah Pembangunan Desa
C) Kementerian Kewangan
D) Kementerian Belia dan Sukan


2. Penubuhan INFRA adalah ilham dan wawasan daripada Perdana Menteri Malaysia ke _____?

A) Pertama
B) Kedua
C) Ketiga
D) Keempat


3. Apakah visi INFRA?

A) Menjadi pusat latihan untuk para usahawan desa dan luar bandar
B) Menjadi pusat pendidikan berkaitan keusahawan dan pertanian untuk anak-anak peneroka
C) Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang latihan dan penyelidikan luar bandar
D) Menjadi pusat latihan menaik-taraf kehidupan warga desa dan luar bandar


4. Antara berikut, manakah gabungan betul untuk warna logo Institut Kemajuan Desa?

A) Biru kehijau-hijauan dan merah pinang
B) Hijau kebiru-biruan dan merah pinang
C) Biru gelap dan merah
D) Hijau muda dan merah


5. Bilakah Institut Kemajuan Desa secara rasminya tertubuh?

A) 6 Mei 1996
B) 16 Mac 1996
C) 6 Mac 1996
D) 16 Mei 1996


6. Pihak INFRA menyediakan makanan untuk peserta latihan. Antara makanan yang disediakan adalah tembikai. Jika peruntukkan jumlah harga untuk 40 biji tembikai yang akan digunakan ialah RM380. Berapakah harga purata bagi peruntukan sebiji tembikai?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50


7. Ahmad, seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat membelanjakan 10% daripada pendapatan gaji setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ahmad dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya:

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000


8. Hashim mempunyai 5 gulung tali. Tali ini untuk digunakan dalam satu sesi latihan di dewan milik INFRA. Panjang setiap gulung tali adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A) 2.05
B) 5.55
C) 8.45
D) 10.55



9. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar?

A) 2.7%
B) 3/4
C) 0.013
D) 16/45


10. Soalan berdasarkan kepada gambarajah di bawah, apakah nilai X?


A) 46
B) 44
C) 43
D) 42


Semua contoh-contoh di atas adalah antara contoh-contoh soalan untuk Seksyen A dan juga Seksyen B.

Seksyen B sedikit mencabar kerana memerlukan calon untuk berupaya menjawab soalan matematik dalam masa terhad yang telah ditetapkan. Kekangan utama ialah untuk mengingati formula utama dalam setiap penyelesaian matematik.

Ia boleh menghukum calon yang tidak mahir dalam matematik terutama soalan-soalan yang memerlukan pengiraan menggunakan rumus tertentu.

Seksyen C ialah berkaitan dengan Kefahaman Bahasa Inggeris. Biasanya seksyen ini akan disertakan dengan satu perenggan teks dan calon seterusnya perlu menjawab soalan berkaitan perenggan yang telah diberikan.

Contoh soalan seksyen C adalah seperti di bawah:

Please answer the questions based on the following text.

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan (coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays

A) use flavouring when they cook
B) use spices in their cooking
C) eat vegetables everyday
D) eat spicy food only


2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

A) main ingredient in a dish
B) main food that a person eats
C) food that is eaten by everyone
D) food that is everyone’s favourite


3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it:

A) has coconut milk in it
B) has local ingredients
C) is cooked with spices
D) is simply delicious


Jika anda mahukan lebih banyak penerangan mengenai format terkini PSEE untuk jawatan S29 ini, boleh dapatkan pakej rujukan oleh Tim Infokerjaya, khas dikemaskini untuk kegunaan calon yang terlibat dengan peperiksaan pada Julai 2020.






Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c