Langkau ke kandungan utama

Nota Exam PSEE S29 Berkaitan Institut Kemajuan Desa atau INFRA

Salah satu cabang tugasan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29 adalah bertugas di Institut Kemajuan Desa atau lebih dikenali sebagai INFRA. Permohonan ke jawatan ini adalah menerusi laman web SPAi8, dan calon yang layak akan diwajibkan untuk menjalani Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE).

Bersandarkan kepada keperluan sesuatu Kementerian atau Jabatan, mereka yang telah lulus peperiksaan PSEE untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 akan ditemuduga sebelum diberikan penempatan perjawatan yang berkenaan.

Nota Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S29 - Berkaitan INFRA

Nota Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S29 - Berkaitan INFRA

Untuk peperiksaan online pada Julai 2020, SPA telah memanggil calon berkelayakan untuk mengambil PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 bagi mengisi kekosongan di INFRA.

Sebagai membantu calon yang dipanggil untuk peperiksaan S29 ini, berikut adalah beberapa nota ringkas berkaitan INFRA.

Nota Exam Berkaitan INFRA

Institut Kemajuan Desa atau dikenali sebagai INFRA (Institute For Rural Advancement) adalah institut latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah struktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Penubuhan INFRA adalah dibuat pada tahun 1996. Ia adalah lanjutan kepada tekad dan wawasan besar Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein yang telah dimulakan sejak awal 1960-an dalam membela nasib masyarakat desa menerusi strategi membangunkan kawasan luar bandar dan memperkasa potensi warga desa.

INFRA telah ditubuhkan apabila kertas cadangan bagi mewujudkan Institusi Latihan Pembangunan Desa yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan Tertinggi (JKTT) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 13 Oktober 1995.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak jawatankuasa telah memperakukan penubuhan INFRA menerusi penyusunan semula Institut SEDAR (Institute for Socio-Economic Development and Attitudinal Re-Orientation).

Seterusnya, dengan persetujuan Jemaah Menteri ke atas perakuan JKTT pada 6 Mac 1996, ia menandakan penubuhan rasmi sebuah institut masyarakat desa yang dikenali sebagai INFRA.

Fokus utama INFRA adalah melatih pemimpin di peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan isu-isu pembangunan luar bandar dalam usaha menambah baik kaedah dan pendekatan pengurusan desa.

INFRA juga terlibat di peringkat antarabangsa dalam penganjuran bersama program-program latihan seperti Malaysian Technical Coorperation Programme (MTCP) Program Latihan bagi Negara-negara Dunia Ketiga dan institusi luar bandar yang lain seperti Afro-Asian Rural Development Organisation (AARDO), Centre in Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) serta Sekretariat Komanwel (COMSEC)

Visi INFRA

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang latihan dan penyelidikan luar bandar

Misi INFRA

Memperkasa institusi dan masyarakat luar bandar menerusi latihan dan penyelidikan yang berkualiti

Objektif INFRA

    • Melatih jurulatih pengurusan pembangunan desa dan menerusi mereka, melahirkan lebih ramai tenaga penggerak yang boleh membantu memajukan kawasan dan masyarakat desa;
    • Membantu meningkatkan keupayaan petugas agensi awam, aktivis sosial dan penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai agen penyampai yang berkesan;
    • Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan, pusat data dan tenaga pemikir program pembangunan desa dan pendidikan non-formal;
    • Mengarah hala tuju perubahan paradigma pengurusan pembangunan desa dalam usaha memajukan pemikiran masyarakat desa; dan kawasan serta pemikiran masyarakat desa; dan
    • Menyumbang bantuan teknikal, khidmat nasihat dan latihan kepada negara luar serta mengendali kajian berkaitan luar bandar dengan kerjasama pertubuhan antarabangsa.

    Info Berkaitan Logo INFRA

    • Logo INFRA menggabungkan warna biru kehijau-hijauan (turquoise) dan warna merah pinang.
    • Jalur-jalur di bahagian atas dan bawah memberi maksud bentuk pergerakan serta melambangkan skop dan kandungan kursus bagi kumpulan sasar dari dalam dan luar negara.
    • Bentuk bujur melambangkan matlamat INFRA untuk membangunkan kumpulan tenaga penggerak yang mampu menguruskan program pembangunan dan berkeupayaan mengubah sikap kumpulan sasar ke arah kehidupan yang sejahtera.
    • Warna merah pinang mewakili jati diri INFRA sebagai sebuah institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa yang benar-benar beriltizam untuk mengubah paradigma pemimpin-pemimpin pengurusan desa.
    • Warna biru kehijau-hijauan melambangkan hasrat bahawa institusi latihan desa, INFRA berazam memperkukuhkan institusi keluarga sejahtera dan membangunkan masyarakat yang berjati diri yang mampu melahirkan manusia cemerlang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak nota peperiksaan berkaitan jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29, anda boleh dapatkan pakej rujukan khas di bawah disediakan oleh Tim Infokerjaya:

    Klik Sini Untuk Tempahan Pakej Rujukan S29

    Semoga membantu, dan selamat menjawab peperiksaan.

      Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

      Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

      Klik Sini untuk Info

      Catatan popular daripada blog ini

      Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

      Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

      Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

      Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

      10 Soalan Popular Temuduga Kerja Kerajaan

      Anda dipanggil temuduga kerja? Ok, kami nak kongsikan soalan-soalan temuduga yang paling famous dan paling kerap ditanya ketika temuduga. Soalan-soalan ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah hadiri sesi temuduga banyak kali. Ia bukan soalan bocor tetapi ia memang jenis soalan yang biasa akan ditanya dalam sebuah temuduga, tak kiranya ianya temuduga kerja swasta mahupun kerja kerajaan. Soalan-Soalan Selalu Ditanya Dalam Temuduga Bentuk ayat soalan temuduga mungkin berbeza tetapi objektif untuk jawapan tetap sama. Baik, mari lihat apakah 10 soalan temuduga yang selalu ditanya. Sila perkenalkan diri anda. Dekat universiti awak belajar apa? Apa yang awak belajar masa internship? Kalau awak dapat tempat jauh dari hometown, awak sanggup tak? Apa kekuatan awak yang boleh buatkan kami mengambil awak kerja dengan kami? Kenapa awak pilih syarikat kami? Apa value yang ada pada diri awak yang awak rasa boleh apply dalam syarikat kami? Awak ada kenderaan? Awak sang