Skip to main content

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah - PSEE

Dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), biasanya ia akan melibatkan 3 seksyen utama iaitu Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Namun, format peperiksaan ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa Jabatan atau Kementerian terlibat. Ia juga bergantung dengan perjawatan dan gred perjawatan.

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah PSEE

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah PSEE

PSEE adalah salah satu bentuk saringan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menapis calon yang telah layak dari segi kelayakan akademik. Ia akan menapis calon dengan cara membuat penilaian menggunakan kaedah peperiksaan online PSEE.

Bagi sesetengah jawatan, peperiksaan ini diganti dengan Ujian Psikometrik. Dan pernah berlaku di dalam sejarah peperiksaan di mana dua-dua peperiksaan online dan Ujian Psikometrik diwajibkan ke atas calon.

Apapun, dalam semua peperiksaan, persediaan awal amatlah penting. Persediaan ini mestilah melibatkan latih-tubi menjawab soalan, selain memahami bagaimana soalan-soalan akan ditanya.

Untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, anda boleh lihat pada contoh soalan di bawah ini:

1. Sebuah kotak mengandungi 36 pemadam hijau dan beberapa ketul pemadam merah. Jika seketul pemadam dipilih secara rawak daripada kotak itu, kebarangkalian seketul pemadam berwarna merah dipilih ia 5/8 . Cari bilangan pemadam merah.

A) 20
B) 30
C) 40
D) 60

2. Barisan nombor di bawah menunjukkan beberapa nombor tanpa mengikut turutan. Ada di antaranya ialah nombor perdana. Seandainya satu kad mewakili satu nombor tersebut dan sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.

11, 19, 27, 33, 37, 39

A) 1/2
B) 4/6
C) 1
D) 2/3

3. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada
harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.

A) RM 2090
B) RM 4862
C) RM 4983
D) RM 4762

4. Seorang pelajar mengukur suhu sebikar air. Suhu awal ialah 20 ℃. Berapakah suhu akhir selepas 5 minit jika suhu naik 25 ℃ setiap minit.

A) 45 ℃
B) 125 ℃
C) 105 ℃
D) 145 ℃

5. Hasil tambah 5 gandaan pertama bagi 3 ialah

A) 15
B) 45
C) 30
D) 55


Bagi kebanyakan soalan penyelesaian masalah ini memerlukan formula tertentu untuk menyelesaikannya. Jadi, jika anda tidak mahu atau tidak mengetahui formula yang tepat, jawapan yang bakal diperoleh adalah tidak tepat.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Kena ingat, soalan matematik hanya mempunyai satu sahaja jawapan.

Buat persediaan dengan menyenaraikan formula-formula asas untuk menjawab soalan berkaitan peratus, mencari persamaan, titik perpuluhan, gandan, punca kuasa dan sebagainya.

Jika anda terlibat dengan PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41, gunakan Rujukan KHUSUS di bawah ini:

Pakej Rujukan PSEE Khusus Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Rujukan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
[+] Tempahan dan Info Rujukan

Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Selamat menjawab peperiksaan!
Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe