Maka, jika anda mencari rujukan yang bersesuaian dengan peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir N19 ini, pastikan ia adalah rujukan terkini yang telah dikemaskini. Elakkan menggunakan rujukan dan nota lama yang mungkin dah tak sesuai.
Contoh Soalan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah PSEE 2021 Pembantu Tadbir N19
Jawatan Pembantu Tadbir gred N19 adalah antara jawatan popular untuk lepasan SPM dan juga Sijil Kemahiran. Ia adalah kelayakkan minima untuk jawatan ini dengan tangga gaji permulaan pada RM1,352.00.Sebagaimana dengan mana-mana jawatan kemasukan kerja kerajaan yang lain, mereka yang memenuhi kriteria kelayakkan akan dipanggil untuk menjalani peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam atau lebih dikenali sebagai PSEE.
Ia adalah peperiksaan online wajib lulus sebelum calon yang berjaya dipanggil untuk ke proses seterusnya iaitu temuduga kerja kerajaan.
Untuk peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir N19 tahun ini, seksyen soalan terbahagi kepada beberapa bahagian. Antara bahagian utama adalah seksyen Daya Penyelesaian Masalah.
Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah PSEE 2021
Seksyen Daya Penyelesaian Masalah akan melibatkan soalan-soalan berkaitan formula matematik asas selain soalan matematik dalam bentuk ayat.Berikut adalah antara contoh-contoh soalan peperiksaan untuk jawatan Pembantu Tadbir N19 bagi seksyen Daya Penyelesaian Masalah tersebut:
1. Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?
A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64
2. 1010212XX232. Apakah XX?
A) 01
B) 02
C) 12
D) 13
3. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?
A) 75
B) 30
C) 25
D) 100
4. Jika EEFFFEEEFFFF = 556665556666 maka EFEFE = ?
A) 55665
B) 66555
C) 56565
D) 65656
5. Kebun Zeo menghasilkan 35 biji mangga harumanis dan purata berat sebiji mangga harumanis ialah 2.5kg. Jika dia menjual dengan harga RM2.50 sekilogram, berapakah jumlah hasil yang diperolehinya?
A) 218.75
B) 87.50
C) 118.10
D) 75.25
Buat sesetengah calon, ia mungkin soalan yang agak mudah untuk dijawab. Namun, perlu diingatkan bahawa calon-calon yang terpilih untuk peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 ini akan berhadapan dengan kekangan masa ketika menjawab.
Menjawab soalan di depan komputer tidak sama dengan menjawab soalan peperiksaan secara bertulis seperti dahulu. Ada banyak aspek kena dan perlu diambil perhatian.
Pun begitu, dalam mana-mana peperiksaan, kadar lulus akan meningkat seandainya calon tersebut bertindak melakukan persediaan awal atau ulangkaji. Apatah lagi untuk seksyen Daya Penyelesaian Masalah yang melibatkan soalan-soalan matematik.
Untuk menjawab soalan berbentuk matematik dan penyelesaian masalah, adalah penting calon membuat latihan latih-tubi sekerap dan sebanyak mungkin.
Jadi, untuk membantu anda yang menjadi calon bertuah dipanggil untuk peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir N19 melakukan persediaan, pihak kami bersama Tim Infokerjaya telah menyediakan pakej rujukan khusus untuk PSEE Pembantu Tadbir sesi OGOS 2021.
Rujukan Khas Untuk PSEE Pembantu Tadbir N19 Sesi Ogos 2021
Anda boleh akses dan melakukan tempahan untuk pakej rujukan tersebut menerusi pautan di bawah ini:
[+] Klik Sini ke Info Rujukan PSEE
Jualan atau tempahan pakej rujukan ini adalah terkawal dan terhad.
Seandainya anda sudah kesuntukan masa, gunakan pakej rujukan ini yang lengkap dengan tips menjawab, NOTA PEPERIKSAAN, CONTOH-CONTOH SOALAN dan panduan pemahaman format terkini peperiksaan.
Ia juga menyediakan jalan penyelesaian untuk soalan-soalan yang telah disediakan.
Tempahan pakej rujukan akan DITUTUP SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN ONLINE SEBENAR.
Jadi, bertindak awal ... buat tempahan anda sebelum terlambat.
[+] Klik Sini untuk ke Laman Tempahan
Selamat maju jaya.
