Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29

Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan diadakan pada April ini, iaitu pada 14 hingga 22hb April 2021. Untuk peperiksaan online kali ini, ia akan melibatkan format peperiksaan baharu dengan dua seksyen yang berbeza dengan peperiksaan online sebelum ini.

Bagi calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29, PSEE 2021 melibatkan dua seksyen yang sedikit berubah, iaitu Seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan juga Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Berbeza sebelum ini, yang mempunyai seksyen Pengetahuan Am untuk gred N29.

Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29

Rujukan panduan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29
PSEE 2021 untuk Penolong Pegawai Tadbir akan melibatkan seksyen A yang sebenarnya lebih mencabar dari sesi sebelum ini. Apatah lagi perlu bersaing dengan calon lain pada waktu yang sama secara online. Kekangan masa adalah antara penyebab utama ramai gagal PSEE ini.

Format terbaru PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29, Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah.

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Untuk membantu anda memahami bahagian seksyen A ini, kami sediakan beberapa contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah untuk anda, khusus untuk calon Penolong Pegawai Tadbir N29.

Contoh Soalan Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah

Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya.

Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.

“Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”


Contoh Soalan Seksyen A PSEE - Daya Penyelesaian Masalah

Anda dapat jawapan untuk soalan di atas?

Apa jawapan yang dapat anda berikan, dan rasionalnya?

Adakah jawapan anda ialah C?

Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”.

Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran.

Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

Buat Persediaan - Latih Tubi Jawab Soalan-Soalan Contoh PSEE

Sebagai salah seorang calon yang terpaksa bergelut dengan masa, adakah anda merasakan anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan N29 ini kelak?

Ya, tanpa sebarang rujukan dan tanpa membuat latih-tubi menjawab contoh-contoh soalan PSEE Penolong Pegawai Tadbir, impian anda untuk ke peringkat seterusnya ke jawatan ini mungkin tipis. Peperiksaan ini bukan sekadar peperiksaan.

PSEE adalah halangan dan tapisan untuk membolehkan hanya calon yang benar layak sahaja akan ke peringkat seterusnya. Jika anda mahu menjadi antara calon yang berjaya dalam peperiksaan online ini, pastikan anda lakukan persediaan secukupnya.

Gunakan Rujukan Lengkap Dengan Contoh Soalan Format Terkini

Gunakan rujukan yang menyediakan persiapan terbaik untuk PSEE N29 April ini, klik pautan di bawah ini untuk membuat tempahan segera sebelum hari peperiksaan sebenar:

[+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/pptn29/2624

atau klik imej di bawah untuk lakukan tempahan segera.

Nota Rujukan Contoh Soalan PSEE N29