Sep 25, 2019

Rujukan Contoh Soalan PSEE Pembantu Penerangan S19

Dalam post ini kita berikan rujukan contoh soalan exam khusus untuk beberapa jawatan pilihan. Untuk semua calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sesi September ini kami ucapkan salam sukses.

Tahniah kerana dipanggil dan dipilih untuk mengambil PSEE 2019.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Penerangan

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penerangan 2019
Ramai lagi yang dah isi borang SPA8i tapi masih belum dipanggil. Jadi jangan ambil mudah panggilan ini. Buat sehabis baik dan tak sia-siakan peluang yang datang ini. Gunakan contoh soalan exam untuk persediaan anda.

Faham Format Terkini PSEE

Pastikan anda faham format soalan dan format am peperiksaan terkini PSEE bagi jawatan Pembantu Penerangan S19. Format sentiasa berubah. Peperiksaan online yang dibuat pada tahun 2017, 2018 dah tak sama dengan format serta bentuk soalan tahun 2019.

Jadinya pastikan anda studi rujukan yang terkini dengan huraian format terkini! Sentiasa semak panggilan dan format yang diberikan bersama panggilan anda. Jika anda studi melalui carian di internet, pastikan tarikh perkongsian itu adalah yang terkini dan bukan yang lama. Takut anda tersalah maklumat!

Pastikan Tahu Penilaian Setiap Seksyen

Perkara ini sangat penting. Dapatkan idea yang jelas penilaian setiap seksyen. Contohnya penilaian PENGETAHUAN AM. Ianya bukan sekadar pengetahuan am negara sahaja. Mencakupi juga “pengetahuan am negeri“, “pengetahuan am jawatan” dan “pengetahuan am berkaitan perjawatan/kementerian“.

Nampak tak? Banyak pecahan walaupun ianya satu seksyen!

Bukanlah semua ditanya, tapi anda kena pastikan PENGETAHUAN AM itu berkaitan skop yang mana. Gunakan rujukan yang betul. Bukan apa, takut anda terbazir masa ulangkaji benda yang tak masuk dalam skop penilaian.

Masa ulangkaji memang tak banyakkan?
Tengoklah biasanya exam ditetapkan dalam tempoh 2 minggu selepas diumumkan dan majoriti memang studi ‘last minute’ punya :p

Pastikan Buat Latihan

Masih ingat tak masa kita ambil peperiksaan dulu seperti PMR ke SPM ke. Berapa banyak soalan Latih Tubi yang kita buat? Bukan soalan ramalan atau soalan ‘spot’, tapi latihan untuk mahirkan diri kita dengan soalan dan skop penilaian. Kita buat semaksimum mungkin contoh soalan exam tu. Betul tak?

Itu langkah ‘scorer‘. Itu langkah kita zaman tu kan? yang akhirnya menjadikan kita sukses dalam exam tahun tu. Masih ingat?

Benda yang sama kita buat untuk sesi exam kerajaan ini juga. Buat latihan semaksimum mungkin. Tiada pun soalan bocor, tapi objektif kita adalah kita nak buat latihan secukupnya.

Jadi di hari peperiksaan kita nak senyum sebab kita dah tahu bagaimana soalan ditanya dan kita dah buat latihan secukupnya!

Rujukan September 2019 PSEE Pembantu Penerangan S19

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penerangan
Bukan semua jawatan ada rujukan disediakan. Ini rujukan khusus untukj calon yang bakal hadapi PSEE Pembantu Penerangan S19 dijadualkan September 2019. Buat latih tubi contoh soalan mengikut format terkini exam yang telah disediakan ini:

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 (KLIk)

Semua ini adalah rujukan yang disusun dan dikemaskinikan dengan format dan contoh soalan exam terkini sesuai dengan sesi exam yang bakal menjelma iaitu Peperiksaan Online Pembantu Penerangan S19 September ini.

rujukan psee pembantu penerangan


Artikel Terkait