Sep 1, 2019

Contoh Soalan Seksyen A Peperiksaan Online Juruaudit W41

Dah semak portal e-Semakan untuk panggilan peperiksaan online bagi jawatan Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29 yang dijadualkan pada 13 September 2019? Jika anda pernah memohon untuk jawatan ini, boleh buat semakan segera menerusi laman web rasmi SPA.

Sepertimana peperiksaan yang lain, peperiksaan online Juruaudit dan Penolong Juruaudit adalah langkah awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk saring dan tapis calon-calon berkelayakan.

Rujukan Serta Contoh Soalan Seksyen A Peperiksaan Online Juruaudit

Rujukan Serta Contoh Soalan Seksyen A Peperiksaan Online Juruaudit
Peperiksaan online ini akan menguji tahap kebolehan calon dalam aspek berkaitan kerjaya Juruaudit. Disamping memastikan calon yang berjaya adalah calon yang mampu menyelesaikan masalah dan berkebolehan dalam bahasa Inggeris.

Untuk peperiksaan online Juruaudit dan Penolong Juruaudit bagi sesi September 2019, calon-calon dikehendaki menjawab dua (2) seksyen utama peperiksaan online SPA.

Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah (20 minit)
Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris (25 minit)

Soalan-soalan berkaitan penyelesaian masalah biasanya akan melibatkan soalan-soalan matematik mudah, sesuai dengan tahap kelayakkan akademik untuk jawatan, iaitu ijazah bagi W41 dan diploma/sijil bagi W29.

Soalan penyelesaian masalah diletakkan dalam Seksyen A yang mungkin merangkumi soalan berbentuk pernyataan dan juga soalan pengiraan.

Di bawah ini adalah antara contoh-contoh soalan peperiksaan Seksyen A untuk jawatan Juruaudit:

1. Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah

A) 1/75
B) 2/75
C) 3/75
D) 4/75

2. Lim Ah Cap mempunyai 210 biji buah duku. Dia menyimpan 2/7 daripada jumlah keseluruhan buah duku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Amy, Shah dan Ahmad. Berapakah biji buah duku yang diperoleh oleh setiap rakannya?

A) 40 biji
B) 50 biji
C) 60 biji
D) 70 biji

3.  Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

4. 1010212XX232. Apakah XX?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

5. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?

A) 75
B) 30
C) 25
D) 100


Soalan-soalan berbentuk soalan matematik sebegini sebenarnya memerlukan calon membuat persediaan dengan melakukan banyak latih-tubi soalan matematik.

Pun begitu, ada juga soalan-soalan Juruaudit yang berkaitan tugas dan tanggungjawab yang ditanya.

Jika anda mencari rujukan serta panduan peperiksaan online untuk Juruaudit, maka disyorkan untuk mendapatkannya menerusi link di bawah.

[+] https://puim.onpay.my/order/form/juruaudit80/tawaransulit

Rujukan ini disediakan oleh Tim Infokerjaya yang dah bantu ramai calon-calon peperiksaan sebelum ini untuk melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan. Ia merangkumi bukan sahaja maklumat penting berkaitan peperiksaan online Juruaudit tetapi juga penerangan berkaitan format peperiksaan terkini disediakan oleh pihak SPA.

Rujukan Serta Contoh Soalan Seksyen A Peperiksaan Online Juruaudit
Rujukan ini juga menyediakan contoh-contoh soalan untuk seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah dan juga Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris untuk calon Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29.

Calon akan dapat memahami dengan lebih jelas format dan bentuk soalan yang akan ditanya selain membiasakan diri dengan soalan-soalan Seksyen A dan juga Seksyen B.

Gunakan rujukan ini.

[+] https://puim.onpay.my/order/form/juruaudit80/tawaransulit

Ramai yang tak tahu adanya rujukan ini. Jadi, anda bertuah kerana telah berada di sini. Ini mungkin rezeki anda. Mana tahu, setelah bertahun menunggu untuk jawat jawatan Juruaudit / Penolong Juruaudit, dengan persediaan yang betul .. anda mungkin lulus dengan jayanya.

Kami doakan.

Artikel Terkait