Sep 3, 2019

20 Contoh Soalan Penyelesaian Masalah Seksyen A Exam Juruaudit W41/W29

Semakin ramai yang mencari contoh soalan terkini untuk peperiksaan online Juruaudit dan Penolong Juruaudit dijadualkan September 2019. Sebelum ini, kami dah kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan Seksyen A untuk Juruaudit W41/W29, kali ini kami akan kongsikan beberapa lagi contoh soalan untuk persediaan rapi sebelum peperiksaan online sebenar nanti.

Soalan-soalan Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah akan melibatkan soalan-soalan matematik  seperti yang akan kami kongsikan di bawah. Calon dikehendaki memberikan jawapan yang tepat bersandarkan kepada pilihan jawapan yang diberikan.

20 Contoh Soalan Matematik Seksyen A Peperiksaan Online Juruaudit

Contoh Soalan Penyelesaian Masalah Juruaudit

Soalan Seksyen A untuk Juruaudit W41/W29 pastinya akan menampilkan soalan-soalan matemarik yang mencabar, apatah lagi tugas dan tanggungjawab seorang Juruaudit melibatkan angka-angka yang penting.

Format soalan untuk seksyen ini akan samada:
  • Soalan berbentuk pernyataan yang memerlukan calon melihat input-input diberikan dan mencari penyelesaian kepada persoalan yang diajukan.
  • Soalan yang lebih terus kepada jawapan samada persamaan matematik dan sebagainya.

Jom lihat beberapa contoh soalan matematik Juruaudit.

1. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16 cm ialah 4224 cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A ) 32.25cm
B ) 21cm
C ) 84cm
D ) 5.25cm

2. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?

A ) 2.0
B ) 3.5
C ) 4.5
D ) 5.0

3. Berapa jumlah putaran lengkap bagi ketiga-tiga jarum jam dinding biasa dalam tempoh 12 jam?

A ) 733
B ) 720
C ) 43932
D ) 43921

4. Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X?

A ) 44
B ) 46
C ) 48
D ) 50

5. 26.5 liter air dan 8.25 liter jus oren dicampurkan bersama. Semua campuran itu dibotolkan dengan saiz setiap botol adalah 1.25 liter. Berapa botolkah diperlukan untuk mengisi semua campuran jus oren tersebut?

A ) 25
B ) 26
C ) 27
D ) 28

6. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 9.5?

A ) 9.065
B ) 10.055
C ) 10.005
D ) 9.005

7. Sebuah restoran menawarkan hidangan makan untuk dewasa berharga RM75 seorang manakala untuk kanak-kanak berharga RM35 seorang. Kira jumlah harga hidangan untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak?

A ) RM115
B ) RM475
C ) RM515
D ) RM995

8. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?

A ) RM59.00
B ) RM58.00
C ) RM174.00
D ) RM177.00

9. Sebuah bekas boleh memuatkan 230 hingga 280 biji guli. Berapakah anggaran jumlah bilangan guli yang dapat memenuhi 48 bekas yang serupa?

A ) 11,000
B ) 10,000
C ) 13,400
D ) 13,450

10. Seorang pemandu bertolak pada jam 1200 untuk memandu sejauh 250km. Jika purata laju bagi dua jam pertama ialah 44km/j. Hitungkan laju yang perlu beliau pandu untuk baki perjalanan supaya dapat sampai ke destinasinya tepat jam 1530.

A ) 68km/j
B ) 97km/j
C ) 58km/j
D ) 108km/j

11. Pilih kumpulan nombor perdana.

A ) 11, 21, 23
B ) 13, 19, 15
C ) 23, 31, 33
D ) 17, 31, 41

12. Rizal berumur M tahun dan abangnya berumur 23 tahun. Ketaksamaan yang mewakili umur mereka 10 tahun kemudian ialah

A ) M < 23
B ) M + 10 < 23
C ) M + 10 < 33

D ) M < 33

13. Sebuah beg tangan berharga RM499.90 dan sepasang kasut sukan berharga 45 peratus kurang daripada harga tersebut. Berapakah jumlah harga kedua-dua barang itu?

A ) RM274.95
B ) RM324.90
C ) RM594.95
D ) RM774.85

14. Segulung tali berukuran 27 meter panjang akan digunakan untuk membuat penyidai. Berapakah bilangan penyidai yang dapat dibuat, jika satu penyidai menggunakan tali berukuran 7.5 meter?

A ) 3
B ) 4
C ) 5
D ) 6

15. 36, 32, 28, 24, P, Q. Apakah P X Q?

A ) 312
B ) 316
C ) 320
D ) 324

16. Terdapat 1,850 petak tempat letak kereta di suatu kawasan kediaman. Berapakah jumlah unit kediaman di kawasan itu, jika 1 unit diperuntukkan mendapat 2 petak tempat letak kereta?

A ) 3700
B ) 1625
C ) 616
D ) 925

17. Terdapat 24 buah buku nota berjisim 4.8kg di dalam satu kotak. Kira bilangan buku nota yang terdapat di dalam sebuah troli yang membawa muatan beberapa kotak buku nota berjisim 72 kg?

A ) 115
B ) 346
C ) 360
D ) 576

18. Rahman membelanjakan 2/3 daripada wang simpanannya untuk membeli perabot rumah. Jika wang simpanannya berbaki RM1,300 berapakah kos pembelian perabot berkenaan?

A ) RM3,900
B ) RM2,600
C ) RM1,900
D ) RM1,500

19. Jika dapat meletupkan belon berwarna merah mendapat 5 markah, hijau 10 markah dan kuning 15 markah. Amran telah berjaya meletupkan 113 belon merah, 98 hijau dan 101 kuning. Berapakah jumlah markah yang diperolehinya?

A ) 3,060
B ) 3,090
C ) 3,69
D ) 3,660

20. Farah telah mengumpul 450 markah dalam satu permainan. Walau bagaimanapun pada pusingan seterusnya dia kehilangan 1/10 daripada markahnya manakala pada pusingan bonus dia dapat menambah 30 peratus daripada jumlah markah tersebut.

Berapakah markah akhirnya?

A ) 405.0
B ) 526.5
C ) 626.0
D ) 640.5


Okeh. Cukup 20 soalan contoh untuk peperiksaan online Juruaudit. Soalan-soalan di atas bukanlah soalan ramalan mahupun soalan bocor, tetapi bentuk dan format serta contoh soalan yang berkemungkinan akan ditanya dalam peperiksaan online Juruaudit W41 / W29.

Anda boleh gunakan contoh soalan di atas untuk persediaan awal dan melakukan latihan di waktu lapang. Buat sekali jalan kira supaya anda nampak jawapan yang jelas.

Contoh Soalan Disertakan Jawapan?

Ada banyak lagi contoh soalan yang disertakan JAWAPAN untuk anda jika anda serius nak buat persediaan dalam peperiksaan ini nanti.

Jika berminat nak dapatkan lebih banyak soalan, selain tips menjawab, penerangan format terkini peperiksaan, dan nota-nota penting berkaitan Juruaudit, anda boleh gunakan rujukan di bawah ini.

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/audit/2624

Rujukan dan panduan peperiksaan online Juruaudit ini dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya yang dah membantu ribuan calon kemasukan kerja kerajaan. Ia mengandungi contoh-contoh soalan peperiksaan online Juruaudit berdasarkan kepada format terkini 2019.

Rujukan ini sentiasa diperkemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan terkini calon-calon. Jadi, calon akan diperlengkapkan dengan info terbaru berkaitan peperiksaan online ini.... bukan maklumat lapuk dan rujukan tahun lepas.

Ianya akan boleh diperoleh secara online menerusi link ini:

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/audit/2624

Mulai 9 Mac 2019.


Artikel Terkait