Pengumuman berkaitan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah dibuat menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga laman rasmi FB SPA.
Tips Menjawab Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Exam PTD 2019
Berdasarkan informasi yang disertakan oleh pihak SPA, tahun ini (2019), peperiksaan online PTD akan melibatkan 3 seksyen utama iaitu Seksyen A - Pengetahuan Am, Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris.
Untuk info, Seksyen C merupakan seksyen yang ditambah untuk peperiksaan online PTD dijadualkan pada 16 Mei 2019. Ini menunjukkan bahawa, cabaran menjadi seorang PTD semakin bertambah, menjadikan proses pengasingan dan penyingkiran calon layak amat kritikal.
Kali terakhir peperiksaan online PTD dijalankan adalah pada November 2017. Format peperiksaan pada waktu itu sedikit berbeza dengan apa yang diumumkan oleh SPA untuk tahun 2019, di mana cuma ada dua seksyen diperuntukan pada ketika itu.
Format Peperiksaan PTD 2019
Pada tahun ini, Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ia seperti dalam jadual waktu peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang dikeluarkan di bawah.Masa yang diberikan untuk menjawab seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris PTD adalah 30 minit.
Baik. Mungkin ramai calon yang akan rasa risau dengan adanya Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris ini. Tapi jangan risau, kami sebolehnya akan memberikan sekilas pandang bagaimana format dan bentuk soalan seksyen C ini ditanya.
Tips Menjawab Soalan Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris
Kebiasaanya, Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris PTD akan menguji anda tentang pemahamam keseluruhan esei. Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.
Oleh itu, ia memerlukan anda membaca petikan dan fahami apa yang disampaikan dalam petikan tersebut. Ambil sedikit masa untuk membaca soalan-soalan pada petikan yang diberikan sambil lalu.
Kemudian, anda bolehlah membaca keseluruhan petikan dan mula menjawab soalan yang disediakan.
Dalam pecahan kedua, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.
Persediaan anda disini adalah dengan mengingati kembali grammar Bahasa Inggeris. Anda boleh diuji dalam kedua-dua pecahan ini atau salah satu daripadanya.
Sebagai salah satu jawatan besar dalam kerja kerajaan, pastinya soalan ditanya akan mencabar para calon. Pihak SPA bertekad mahu melahirkan dan menyediakan calon PTD yang berwibawa, berkebolehan dan dapat berhadapan dengan pelbagai situasi dalam pengurusan serta pentadbiran negara.
Seksyen C dibuat untuk peperiksaan online PTD kali ini, memungkinkan bahawa jawatan ini bakal berhadapan dengan banyak soal pentadbiran berkaitan hubungan diplomatik luar negara. Ini bermakna, calon yang terpilih untuk peperiksaan online PTD 2019 mesti ada penguasaan bahasa Inggeris yang mantap bagi menggalas tanggungjawab besar kelak.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan PTD
Di bawah merupakan Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD khas untuk rujukan calon Peperiksaan PTD 2019. Anda boleh jadikan soalan berikut sebagai contoh dan rujukan terlebih dahulu sebagai persediaan awal peperiksaan pada 16 Mei.Untuk pengetahuan anda, satu panduan dan rujukan khas bagi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Rujukan ini sedang dikemaskini dengan butiran terbaharu sejajar dengan format terkini exam PTD 2019.
Pakej rujukan tersebut akan dikeluarkan bersama contoh-contoh soalan, termasuklah contoh soalan Seksyen A - Pengetahuan Am, Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris. Kesemua contoh soalan exam PTD akan disertakan dengan jawapan!
Ia juga akan mengandungi beberapa nota padat dan ringkas sebagai rujukan tambahan untuk calon melakukan persediaan rapi menghadapi peperiksaan PTD.
Jika anda tidak mahu terlepas peluang mendapatkan pakej rujukan ini, pastikan anda melanggan blog ini dengan memasukkan alamat email anda di kotak langganan disediakan di bawah.
Malah, anda juga boleh mengikuti kami di laman FB di sini - https://www.facebook.com/IkerjayaGraduan/
