Skip to main content

Set Soalan Ujian Psikometrik Jawatan Gred H11 & N11

Set soalan ujian Psikometrik untuk jawatan gred H11 dan jawatan gred N11. Anda terbabit?

Berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Beberapa jawatan memerlukan calon menduduki peperiksaan Psikometrik sebagai tapisan utama sebelum layak menjawat jawatan yang dipohon.

Sebelum ini, hanya beberapa jawatan tertentu sahaja yang memerlukan calon untuk menduduki ujian Psikometrik ini, dan biasanya disekalikan dengan ujian atau peperiksaan online utama. Namun, mulai 2019, pihak SPA telah menjadikan Ujian Psikometrik sebagai tapisan utama sebelum ke peringkat temuduga.

Set Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jawatan Gred H11 dan Gred N11

Set soalan psikometrik kerja kerajaan
Berikut antara senarai jawatan terkini yang memerlukan calon menduduki peperiksaan Ujian Psikometrik untuk bulan Mac 2023. Anda mungkin terlibat.

Senarai Jawatan Gred H11 dan Gred N11 - Ujian Psikometrik

  • Pembantu Awam Gred H11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 10 Mac 2023]
  • Pembantu Operasi Gred N11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 9 Mac 2023]

Buat mereka yang tak lagi biasa atau belum ada apa-apa pengalaman mengenai ujian Psikometrik ini, kami sediakan sepintas lalu secara am berkaitan ujian ini, ianya bersandarkan kepada set-set soalan ujian-ujian Psikometrik di tahun-tahun terdahulu.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Sebagai contoh, kajian psikometrik berkenaan dirinya dengan pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penilaian penilai, dan ujian personaliti.

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.

Ada beberapa bentuk dan format soalan Psikometrik akan ditanya untuk mereka yang memohon kerja kerajaan ini. Antara format yang ditanya adalah ujian penaakulan berangka yang melibatkan soalan penyelesaian matematik mudah (pada merekalah) dan juga ujian pertimbangan.

Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Selain daripada itu, ada juga set soalan Psikometrik yang akan membuat penilaian mengenai perbendaharaan kata atau kefasihan anda. Ujian psikometrik ini bakal menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina.

Psikometrik Dulunya Dikenali Ujian Seksyen Sahsiah dan Minat

Di tahun-tahun sebelum ini (sebelum perubahan pentadbiran kerajaan), ujian psikometrik dikendalikan oleh pihak SPA juga dikenali dengan nama Seksyen Sahsiah dan Minat atau Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan psikometrik yang diajukan.

Sebagai penambahan info anda berkaitan ujian ini. Set ujian psikometrik tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan semasa bersandarkan kepada jawatan dipohon calon.

Seharusnya soalan psikometrik untuk jawatan gred H11 dan gred N11 bukan satu masalah untuk calon menjawab. Namun, harus juga berhati-hati kerana soalan psikometrik boleh memerangkap walaupun jawapan dikehendaki cukup ringkas dan mudah.

Anda berkemungkinan hanya diberikan 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

Jawab Dengan Jawapan Positif

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Pastikan anda memberikan jawapan ke arah sikap psikologi POSITIF dan bukan sebaliknya.

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik 

Mari lihat beberapa set contoh soalan yang berkemungkinan berkaitan dengan gred jawatan H11 atau N11:

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak

17. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak

18. Saya suka menonton perlawanan bola sepak
A. Ya
B. Tidak

19. Saya suka mendayung sampan
A. Ya
B. Tidak

20. Saya lebih sukakan makanan tradisional daripada makanan barat
A. Ya
B. Tidak

21. Pergi awal ke tempat kerja adalah amalan saya
A. Ya
B. Tidak

22. Saya seorang yang pengemas
A. Ya
B. Tidak

23. Vaksin sangat penting untuk kesihatan bayi
A. Ya
B. Tidak

Mahukan lebih banyak set soalan untuk ujian psikometrik yang bakal anda hadapi Mac ini?

Gunakan rujukan dan panduan di bawah ini.


Panduan Ujian Psikometrik di atas merupakan rujukan umum untuk kesemua peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan yang mempunyai penilaian Ujian Psikometrik.

Ia bakal membantu anda melakukan persediaan sebelum ujian psikometrik sebenar. Ia peluang anda untuk tahu lebih awal format dan bentuk soalan ujian yang bakal ditanya.

Pun begitu, sukacita dimaklumkan bahawa semua contoh soalan psikometrik yang disediakan bukan soalan-soalan sebenar untuk ujian anda bakal dihadapi nanti. Ia juga bukan soalan bocor. Kami memandang serius tahap kerahsiaan SPA untuk semua peperiksaan dan ujian dikendalikan mereka.

Jika berminat untuk ketahui dan melihat lebih banyak contoh soalan disertakan jawapan, gunakan link di bawah ini untuk membuat tempahan panduan ini.

Klik SINI sekarang

Semoga ia akan membantu persediaan anda untuk ujian ini, khasnya buat mereka yang terlibat dengan jawatan gred H11 dan N11.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe