Kerjaya Separa Perubatan menjadi pilihan untuk mereka yang memiliki sijil dan juga diploma. Malah, ada juga calon di kalangan lulusan ijazah yang memohon ke perjawatan ini.
Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan
Skim Latihan Separa Perubatan adalah laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam KKM di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sebahagiannya memerlukan bakat tertentu. Skim perkhidmatan ini mensyaratkan calon untuk lulus peperiksaan khas yang ditadbir oleh SPA.
Terdapat beberapa skop ujian atau peperiksaan yang akan ditanya menerusi sesi peperiksaan online ini iaitu kognitif, aptitud, bakat, serta sahsiah. Daya penyelesaian masalah juga akan ditanya selain yang berkaitan dengan Separa Perubatan.
Kemudiannya, calon-calon yang lulus peperiksaan khas akan dipanggil untuk temuduga. Apabila lulus temuduga barulah calon akan ditempatkan dalam Latihan Separa Perubatan.
Fasa ujian atau peperiksaan untuk Separa Perubatan adalah sangat penting. Mereka yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan ini mesti dan wajib lulus. Calon kena sedar, ia merupakan peringkat di mana pihak SPA akan 'membuang' calon secara besar-besaran.
Latihan Separa Perubatan Taraf Diploma
Untuk permohonan bagi Separa Perubatan taraf diploma, calon-calon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Berikut adalah jawatan atau Latihan Separa Perubatan taraf Diploma yang disediakan:
- Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat
- Latihan Juruterapi Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Separa Perubatan Taraf Sijil
Untuk permohonan bagi Separa Perubatan taraf sijil, calon-calon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Latihan yang disediakan adalah:
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Peperiksaan Online Separa Perubatan
Peperiksaan online untuk kemasukan Latihan Separa Perubatan, biasanya dilakukan dua kali setahun. Ia merupakan antara laluan kerjaya sektor awam yang sentiasa menjadi pilihan, dan mempunyai ramai calon yang memohon setiap tahun.Jadi, bagi mereka yang dipilih untuk hadapi peperiksaan online bagi Latihan Separa Perubatan, anda perlu sedar bahawa saingan sangat tinggi. Dengan kekosongan terhad, anda mesti memastikan diri terpilih untuk ke peringkat temuduga dengan lulus peperiksaan online yang disediakan SPA.
Mengikut pengalaman kami, ramai calon terlibat dengan peperiksaan online Separa Perubatan yang akan membuat persediaan awal dengan mencari soalan-soalan serta rujukan untuk bantu mereka hadapi peperiksaan online ini.
Ada yang Google mencari contoh-contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan ini di internet, namun suka dinyatakan bahawa kemungkinan soalan peperiksaan yang ditemui mungkin dah OUTDATED, terutama sekali dari segi format soalan.
Format soalan dah tak sama.
Satu-satunya rujukan yang updated dan mempunyai contoh-contoh soalan yang baharu mengikut format terkini 2019 adalah pakej rujukan peperiksaan Separa Perubatan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya.
Tim Infokerjaya punyai kredibiliti sangat bagus dan dipercayai menghasilkan rujukan-rujukan peperiksaan serta temuduga dalam bentuk ebook (pdf) terbaik. Mereka telah membantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009.
Antara sebab ia menjadi pilihan calon untuk mendapatkan rujukan adalah kerana setiap kali exam atau peperiksaan online Separa Perubatan akan dibuat oleh SPA, mereka akan membuat semakan dari segi format terkini dan selaraskannya dengan serta-merta.
Tujuan mereka adalah bagi memastikan calon-calon terpilih untuk peperiksaan Separa Perubatan mendapat rujukan yang terkini selain melengkapkan calon dengan nota-nota padat yang dikemaskini selain contoh-contoh soalan (beserta jawapan) peperiksaan terbaru.
Berita baik untuk calon peperiksaan Separa Perubatan edisi bulan Mei 2019. Rujukan untuk peperiksaan separa perubatan terkini sudah diterbitkan dan dikemaskini.
Akses menerusi link ini - http://jvsecurepay.com/affiliates/separa/2624
Terhad. Akses akan ditutup sehari sebelum peperiksaan online Separa Perubatan bermula. Jadi, jangan tunggu saat akhir!
