Langkau ke kandungan utama

Gaji Pegawai Tadbir Gred N41

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Anda nak memohon jawatan sebagai Pegawai Tadbir gred N41? Sebelum anda memohon, atau hadir ke ujian serta peperiksaan berkaitan jawatan Pegawai Tadbir, anda perlu tahu maklumat dan info berkaitan jawatan Pegawai Tadbir ini, terutama berkaitan gaji Pegawai Tadbir gred N41.

Jawatan Pegawai Tadbir gred N41 adalah jawatan pegawai tadbir peringkat negeri. Itulah sebabnya kod jawatannya bermula dengan N. Jika kod jawatan bermula dengan M, ini bermaksud jawatan tersebut, contohnya Pegawai Tadbir M41 .. adalah jawatan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Calon-calon yang memohon untuk jawatan ini memang ramai. Ini adalah kerana jawatan Pegawai Tadbir adalah merupakan jawatan yang popular dan mempunyai peluang besar dalam pengembangan kerjaya dalam kerajaan.

Cuba lihat tangga gaji untuk jawatan Pegawai Tadbir untuk gred N41 ini...

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00

Tangga gaji yang cukup baik bagi Pegawai Tadbir gred N41 untuk lulusan ijazah/sarjana/phd.

Syarat lantikan untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 adalah seperti berikut:
   
  1. warganegara Malaysia;      
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  4. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selain daripada lantikan di atas, iaitu menerusi permohonan di SPA, jawatan Pegawai Tadbir gred N41 juga dibuka untuk kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat.

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 ini.

Walaubagaimanapun, ia kekal tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mesti juga memenuhi syarat lantikan di bawah: 

Mempunyai kelayakan akademik seperti dinyatakan di atas atau lulus Peperiksaan Khas yang dibuat dan had umur pelantikan adalah:    
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Semoga info ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Jangan lupa untuk 'subscribe' dan buat langganan PERCUMA bagi mendapatkan info-info terkini berkaitan kerjaya dalam kerajaan.






Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c