Langkau ke kandungan utama

15 Sebab Gagal Temuduga

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Anda sering gagal temuduga? Anda dah semak kenapa anda gagal dalam setiap panggilan temuduga kerja? Anda rasa kerana anda tak ada kabel hingga susah nak lulus dalam temuduga, terutama temuduga kerja kerajaan?

Jangan berfikir begitu. Sebenarnya kaedah pemilihan calon dipanggil temuduga adalah sangat ketat. Ada banyak tingkatan dan fasa penyisihan calon memohon dilakukan. Usah fikir pasal kabel, itu bukan cara. Anda harus ingat, rezeki mendapat kerja mahupun lulus temuduga adalah bergantung dengan usaha anda, bukan sebab kabel .. usaha dan tawakkal kepada Tuhan.

Anda mungkin patut semak sebab kegagalan anda dalam temuduga. Anda bernasib baik, kerana perkongsian berikut akan bantu anda kemaskini diri untuk lebih bersedia di temuduga akan datang.

15 Sebab Gagal Temuduga

Jom sama-sama semak, mungkin salah satu daripada 15 sebab gagal temuduga ini ada pada anda, atau pernah anda lakukan ketika hadiri temuduga.

1. Imej kurang professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

Ingat, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih ramah dan santai

Anda berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Relak…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Fokus kepada perkara yang menghilangkan perasaan gentar anda.

Terdapat calon yang cuba hilang- kan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

Jika tidak, kekalkan tahap normal anda. Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Relak..anda bukan dihukum. Anda hanya disoal.

3. Lagak gaya berlebihan

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan.

Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.
Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, anda juga harus professional. Berlebih- lebihan tidak membantu anda.

4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya anda. Ini mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.

Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat palsu dalam resume

Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Ada kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume anda pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada anda tentang maklumat yang anda tulis dalam resume anda. Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana anda mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… awas!

6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.

7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil anda ke temuduga untuk berkomunikasi dengan anda dan melihat bagaimana anda berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak.

Pastikan anda berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri anda. Mereka berniat membantu anda dalam pekerjaan. Anda harus bersikap terbuka.

8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan anda nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk anda. Jika anda bosan, elakkan daripada menampakkan diri anda bosan kerana itu mencerminkan sikap anda.

Mereka tidak memberitahu anda jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan anda.

6. Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama anda untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.

Satu, anda tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi anda dalam menjalankan dengan baik.

Oleh itu, bertanya mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Jika anda berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.

7. Merayu dan berlakon drama sedih

Usah merayu dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan anda amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki anda. Jika disitu bukan tempat anda, itu bermakna tempat anda adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal.

8. Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta anda membuat keputusan dalam masa yang singkat. Anda perlu yakin dengan jawapan anda.
Menangguh jawapan supaya anda boleh bertanya kepada pihak lain menandakan anda masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Ada masanya anda perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan.

Di sini ia menandakan anda bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan anda.

9. Tiada lesen kenderaan

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.

10. Diam berbahasa inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda.

11. Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal anda tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang anda mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”

Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti anda dalam menguruskan situasi yang berlaku.

12. Tidak mengkaji syarikat / jawatan

Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”

Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus anda peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.

Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga anda menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.

13. Menggunakan bahasa pasar

Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.

Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan anda diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga. Ingat, mereka yang menemuduga anda adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada anda.

Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.

Bonus : hargai panel temuduga

Manusia suka dihargai. Anda juga begitu. Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga anda. Bukannya terus beralih dan terus beredar.

Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk anda menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah. Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan anda.

Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.

14. Terlalu ‘demand

Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan anda gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk anda.

Tidak salah untuk ‘demand’ jika anda sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga anda untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.

‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?

15. Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar. Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal anda dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan anda dalam politik negara.

Bersederhanalah. Usah kerana politik anda tidak diterima kerja.
Klik pautan berikut untuk dapatkan versi pdf/ebook RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN [+] http://jvsecurepay.com/affiliates/temuduga/2624
Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c