Berita gembira untuk mereka yang memohon Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Bermula tahun 2018, elaun bulanan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) akan dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini. Pengumuman berita gembira untuk pelatih skim itu dibuat Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Lebih 5,000 peserta SL1M yang hadir di majlis berkenaan, bersorak kegembiraan sejurus pengumuman itu. Perdana Menteri berkata, beliau mengumumkan berita baik itu selepas Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail, membuat satu permintaan istimewa kepadanya setiba di Dewan MAEPS. "Semasa tiba, saya dibisikkan oleh Hajah Norashikin Ismail untuk umumkan sesuatu sebagai hadiah kepada semua (peserta SL1M). "Jadi, saya dengan ini mengumumkan elaun SL1M akan dinaikkan daripada RM1,500 sebulan kepada RM2,000 sebulan," katanya. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdu