Berita kekosongan dalam Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM ini ada diwar-warkan di laman web rasmi SPA. Difahamkan terdapat lebih 1,500 kekosongan untuk Latihan Separa Perubatan untuk tahun 2018.
Kekosongan Latihan Separa Perubatan Diploma 2018
Jawatan-jawatan yang dikategorikan dalam Latihan Separa Perubatan ini termasuklah sebagai seorang jururawat, penolong pegawai perubatan, juru xray, jurupulih perubatan, penolong pegawai farmasi dan banyak lagi.Kesemua kekosongan ini adalah untuk mengisi jawatan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk memohon, anda yang merupakan lepasan SPM tidak perlu menghantar sebarang resume atau surat permohonan. Apa yang perlu dilakukan adalah melakukan pendaftaran secara online di laman web SPA. Isi segala maklumat, dan masukkan pilihan Latihan Separa Perubatan dalam permohonan online anda.
Calon-calon yang telah memohon secara online untuk Latihan Separa Perubatan 2018 akan ditapis, dan mereka yang berjaya melepasi tapisan awal berdasarkan kepada maklumat yang diisi akan dipanggil untuk hadiri sesi peperiksaan online atau temuduga.
Kepada lepasan SPM yang berminat untuk memohon jawatan di dalam Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma ini, pastikan anda melakukan pendaftaran dan permohonan online menerusi laman web SPA sebelum 14 Januari 2018.
