Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

4 Jenis Temuduga Perlu Tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan. Ikerjaya Graduan sukacita untuk berkongsi pengetahuan kepada anda semua mengenai jenis temuduga yang lazimnya dibuat. Ada 4 jenis temuduga yang perlu anda tahu. 4 Jenis Temuduga Perlu Tahu 1. Temuduga Tradisional Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan. Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang