Langkau ke kandungan utama

9 Tips Temuduga Separa Perubatan

Peluang Kerja di Singapura
Jika anda seorang calon yang dipanggil untuk temuduga bagi Latihan Separa Perubatan, mungkin tips temuduga berikut perlu anda baca, dan ambil perhatian dengan serius. Elakkan diri dari terlalu konfiden walaupun anda sudah berpuluh kali ditemuduga. Ada sebab kenapa sudah beratus kali ditemuduga tetapi gagal mendapatkan kerja.

Panduan dan tips temuduga yang akan dikongsikan ini khas untuk mereka yang akan hadiri sesi temuduga Separa Perubatan. Ianya telah dikongsikan oleh salah seorang calon yang akhirnya berjaya menjawat jawatan yang dipohon menerusi Latihan Separa Perubatan kelolaan SPA.

9 Tips Temuduga Separa Perubatan

Tips Untuk Temuduga Separa Perubatan

Berikut adalah 9 tips temuduga untuk Latihan Separa Perubatan yang dikongsikan secara am. Baca dan hadam.
  1. Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya. Caranya anda boleh searchgoogle atau bertanyakan kawan yang dah ada pengalaman dalam temuduga tersebut.
  2. Dari segi pakaian, anda mesti memakai baju kameja lengan panjang dan seluar slack hitam sahaja. Tetapi, anda mesti specifikan lagi cara pemakaian tersebut. Pilih warna baju kemeja yang sesuai untuk environment kerja yang anda minta. Contoh untuk latihan pegawai perubatan, warna baju yang sesuai adalah warna putih.
  3. Untuk apa jua temuduga sekali pun, jangan sesekali memakai baju yang terang-berderang seperti warna kuning dan sebagainya. Ini akan menyakitkan mata ahli panel temu duga tersebut.
  4. Tujuan temu duga adalah untuk ahli panel mengenal pasti bakal pekerja yang di ambil. Jadi, tunjukkan sikap yang mesra dan tunjukkan yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tetapi jangan terlalu mesra sehingga bergelak ketawa. Nanti ia menjadi tidak formal.
  5. Jangan bersandar pada kerusi dan anda jangan bermain jari ketika di temuduga. Apa yang saya perhatikan semasa temuduga tersebut, ahli panel melihat pada jari saya untuk beberapa kali. Letakkan tangan anda di paha sahaja dan duduk dalam keadaan yang tegap tetapi sedikit membongkok.
  6. Mata jangan meliar sana sini untuk melihat ruangan bilik temuduga. Ahli panel mungkin berfikir anda seorang yang cepat gementar atau cepat berasa tidak selesa. Mata fokus pada ahli panel yang bertanya.
  7. Semasa nak duduk di atas kerusi, jangan sesekali tarik kerusi tersebut ke depan atau ke belakang. Duduk dengan tenang dan penuh tertib.
  8. Semasa pengakhiran sesi temuduga, anda WAJIB bertanyakan satu sahaja soalan. Ini akan menguatkan lagi pada fikiran mereka yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tak tahu nak tanya soalan? Guna soalan ni untuk mana-mana temuduga sekalipun. “Boleh terangkan dengan lebih detail lagi apa yang perlu saya buat jika saya berjaya mendapat kerja ini?”
  9. Semasa hendak keluar dari bilik temuduga, pastikan anda bersalam dengan ahli panel yang sama jantina. Tidak perlu cium tangan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan anda persediaan untuk hadapi temuduga kerja .. terutama untuk jawatan di dalam Separa Perubatan.

Nak panduan tak? Boleh gunakan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini - Simulasi Temuduga untuk ke Latihan Separa Perubatan

Kongsikan jika perlu.


Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Klik Sini untuk Info

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Awas .. Perangkap Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon