9 kelebihan kerjaya jururawat kerajaan . Adakah anda seorang graduan yang masih lagi tidak tahu kerjaya apakah yang patut diceburi? Tahukah anda bahawa kerjaya sebagai seorang jururawat antara kerjaya di Malaysia yang boleh memberikan gaji yang lumayan? In Sha Allah, selain gaji lumayan, iKerjayaGraduan.com akan kongsikan mengenai 9 kelebihan yang ada dalam kerjaya seorang jururawat kerajaan. Di Malaysia, kerjaya sebagai jururawat semakin hari semakin mendapat permintaan yang tinggi. Ramai yang mahu bekerja sebagai jururawat kerana beberapa kelebihan kerjaya yang boleh diperoleh. Apatah lagi ia merupakan kerjaya yang boleh pergi jauh - dan boleh membawa seseorang hingga ke luar negara! 9 Kelebihan Kerjaya Jururawat Kerajaan Bidang kerja jururawat adalah luas, dan mempunyai beberapa bahagian. Seorang jururawat yang mempunyai kepakaran khas tertentu, boleh menerima gaji sehingga RM12 ribu sebulan di hospital-hospital tertentu bersandarkan kepada gred gaji dan perjawatan. Keba