Nov 12, 2017

Contoh Soalan Temuduga (Dengan Jawapan) Kerjaya Kerajaan Part 1

Anda dipanggil hadir temuduga kerja dalam sektor awam? Dah buat persediaan untuk temuduga tu nanti tak? Bulan ini nampaknya ada banyak temuduga kerja dalam perjawatan kerjaya kerajaan. Jika anda salah seorang calon yang dipanggil, pastikan anda lulus kerana persaingan untuk jawatan dalam kerja kerajaan sangat tinggi.

Bukan mudah untuk lulus dalam temuduga kerjaya kerajaan. Dan bukan mudah juga nak tunggu kekosongan dalam jawatan yang dipohon. Jika dah dapat panggilan temuduga, mesti pastikan lulus. Untuk lulus kena ada persediaan. Untuk bersedia, anda kena tahu beberapa contoh soalan temuduga yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan.

Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Kerajaan

Ok. Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga yang popular ditanya di dalam temuduga kerja kerajaan. Kami, di iKerjayaGraduan berikan anda contoh soalan beserta jawapan yang sesuai. Pun begitu, contoh jawapan boleh jadi pelbagai dan berlainan mengikut jenis jawatan yang dipohon/temuduga.
Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Kerajaan

Soalan pertama ini sangat-sangat popular. Malah, jika anda memohon kerja di sektor swasta, soalan ini adalah antara yang akan ditanya. Ia soalan berkaitan personaliti anda. Penemuduga mahu anda bercerita mengenai diri anda, mahu anda ketengahkan personaliti anda - yang pastinya mesti berkait rapat dengan jawatan yang dipohon.

1.Sila terangkan mengenai diri anda.

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM. Saya belajar bersungguh-­‐sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-­‐projek pembangunan bangunan. Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?

Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-­‐mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.

3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?


Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.

Untuk lebih banyak contoh soalan temuduga, serta tips-tips lulus temuduga kerja kerajaan, anda boleh cuba lihat di sini - http://jvsecurepay.com/affiliates/temuduga/2624

Related Posts


Contoh Soalan Temuduga (Dengan Jawapan) Kerjaya Kerajaan Part 1
4/ 5
Oleh