Graduan Kerja Jual Aiskrim

Susah nak dapatkan kerja? Kenapa tidak ceburi bidang perniagaan? Ramai juga lepasan graduan IPT yang buat bisnes sendiri. Ada banyak bisnes yang boleh dilakukan. Ada bisnes tanpa modal, ada bisnes modal kecil, dan ada bisnes modal besar.

Pun begitu, ia satu alternatif untuk lepasan IPT mendapatkan kerja. Tak ada kerja, susah nak bayar hutang pinjaman pendidikan. Tak ada kerja, susah nak sara diri sendiri. Tak ada kerja, macamana nak bantu ibu bapa? Tak ada kerja ... macamana nak hidup?

Graduan Kerja Jual Aiskrim

Graduan Kerja Jual Aiskrim
Salah satu potensi kerja dengan pendapatan lumayan ialah kerja buat bisnes jual aiskrim. Tak susah pun nak buat bisnes ni. Ada dua cara sebenarnya.
  • Jual aiskrim berjenama, beli borong dari kilang.
  • Jual aiskrim buatan sendiri.

Tahukah anda, bahawa bisnes jual aiskrim adalah antara perniagaan paling mudah nak dibuat. Pertamanya kerana adanya permintaan. Tak perlu nak promosi bagai nak rak, in Sha Allah .. akan ada pelanggan. Cuma yang perlu dibuat ialah beritahu orang anda jual aiskrim.

Keduanya, bisnes aiskrim tidak memerlukan modal yang besar. Malah, jual aiskrim berjenama dari kilang, tak perlu modal pun jika anda tahu caranya. Pernah seorang pelajar IPT jual aiskrim semasa majlis konvokesyen dapat untung RM5K - RM10K dalam seminggu.

Bagaimana kalau jual aiskrim buatan sendiri? Fuh .. lagi lumayan sebab untungnya 100% dapat kat kita.

Lagipun, bisnes jual aiskrim boleh dilakukan di mana-mana, tak perlu premis pun. Boleh jual tepi jalan. Boleh jual naik motor macam gadis Langkawi lepasan IPT tu ... yang videonya viral di media sosial kerana jual aiskrim.

Ok, ia mungkin bukan kerja glamor. Tapi ia kerja halal dan boleh berikan pendapatan yang cukup lumayan. Kenapa tak cuba buat bisnes ni?

Mahukan panduan untuk berniaga aiskrim? Boleh baca di sini - Panduan Bisnes Aiskrim

0 comment... add one now