Tips Menjawab Seksyen A Peperiksaan PTD

Tips Menjawab Seksyen A Peperiksaan PTD. Ramai yang mencari rujukan serta contoh soalan peperiksaan online PTD terkini 2016. Dianggarkan terdapat lebih daripada 50 ribu calon graduan berdaftar untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 direkodkan untuk tahun 2016. Untuk itu, adalah penting semua calon melakukan persediaan untuk lulus dalam peperiksaan online PTD. Jom baca beberapa tips menjawab peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami kongsikan.

Untuk post kali ini, iKerjaya Graduan ingin berkongsi tips mengenai bagaimana nak menjawab soalan seksyen A peperiksaan PTD gred M41. Jika anda mengikuti iKerjaya Graduan menerusi email, tentu sudah ketahui bahawa peperiksaan online PTD format terkini mempunyai dua bahagian, iaitu Pengetahuan Am dan Daya Penyelesaian Masalah.

Tips Menjawab Seksyen A Peperiksaan PTD

Kedua-dua seksyen sama susah, dan sama payah. Namun begitu, dengan beberapa tips yang kami berikan, ia diharapkan dapat membantu calon-calon PTD membuat persediaan sebelum peperiksaan online sebenar bagi jawatan gred M41 ini.

Secara ringkasnya ... seksyen A pengetahuan am akan bertanyakan soalan-soalan daripada aspek-aspek berikut:
  • pengurusan sumber manusia/ infrastruktur
  • pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan
  • pengurusan sumber ekonomi/kewangan
  • hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  • pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
  • keselamatan dan pertahanan negara
  • serta lain-lain perkembangan isu semasa
Ia akan merangkumi apa yang diperlukan oleh seseorang berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk mengetahuinya.

Sebagai contoh ..
Contoh soalan seksyen A
Ia mungkin juga seperti contoh soalan seperti di bawah ini...

Contoh soalan bahagian A

Jika anda mempunyai masa, sila buat kajian dan carian mengenai aspek-aspek diberikan tadi. Dan untuk lebih spesifik mengenai perkembangan isu semasa, sila dapatkan rujukan yang sesuai dan carian maklumat isu semasa yang berlaku dalam tempoh 5-6 bulan kebelakangan ini.

Rujukan untuk anda termasuk nota pantas ada disediakan untuk calon-calon PTD M41 yang berminat. Boleh klik pada pautan berikut untuk info lanjut - Rujukan PTD Exam November 2016

Semoga bermanfaat.
 

0 comment... add one now