Ramai Calon PTD 2016 Tidak Amanah

Ramai calon peperiksaan online PTD 2016 yang tidak amanah! Jika beginilah jadinya, mungkin selepas ini pihak iKerjaya tidak akan lagi hebahkan mengenai rujukan peperiksaan PTD sebagai langkah untuk buat persediaan menghadapi peperiksaan online.

Pihak Tim Infokerjaya yang mengeluarkan ebook Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 mendapati ada segelintir daripada calon-calon exam PTD khususnya untuk November 2016 telah tidak amanah dengan menyebarkan ebook rujukan tersebut secara percuma kepada orang lain.

Ramai Calon Exam Online PTD 2016 Tidak Amanah

Penyebaran itu didapati menerusi beberapa group WhatsApp dan juga Telegram dan diadminkan oleh bekas-bekas calon PTD sebelum ini. Ia agak malang sekali kerana ebook tersebut dikhususkan untuk pembeli, dan untuk mereka yang benar-benar mahu berusaha dengan cara yang betul bagi mendapat peluang menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
Ramai Calon Exam Online PTD 2016 Tidak Amanah

Ramai Calon Exam Online PTD 2016 Tidak Amanah

Jika anda seorang pembeli pakej rujukan tersebut, tentu sudah sedia maklum akan larangan, dan ingatan yang diberikan di awal ebook tersebut.

Jika sebelum peperiksaan PTD sudah tidak amanah, sudah langgar arahan dan kerahsiaan, ia tidak mustahil sifat ini akan menular ke dalam sistem yang bakal diterajui oleh PTD.

Pihak iKerjaya sangat dukacita. Dan dukacitanya juga, pihak Tim Infokerjaya akan melakukan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, termasuklah tindakan undang-undang. Buat mereka yang bertanggungjawab, sila siap sedia. Anda mungkin akan terpaksa melepaskan niat untuk menjawat jawatan PTD nanti.

Baiklah. Ada satu berita baik.

Pakej rujukan ini telah ditutup jualan semasa artikel ini ditulis, pun begitu .. jika anda calon yang masih lagi tidak berpeluang untuk dapat ebook ini, boleh cuba untuk login ke satu webinar percuma:

Pihak Tim Infokerjaya (pemilik pakej rujukan) akan buat satu sesi LIVE berkongsi mengenai Exam PTD 2016. Kalau terlepas beli rujukan, sesi webinar ini akan jadi yang paling bernilai untuk anda!

Ini sesi eksklusif percuma untuk semua pembeli sebenarnya. Tapi iKerjaya dapati link webiniar tu boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

0 comment... add one now