Format Terkini Peperiksaan Online PTD 2016

Adakah anda calon peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang dijadualkan pada November 2016? Jika ya, anda perlu tahu bahawa format terkini peperiksaan online PTD 2016 adalah berbeza dengan sebelum ini.

Peperiksaan online PTD 2016 akan hanya mengandungi 2 seksyen utama sahaja, berbanding dengan peperiksaan sebelum ini pada 2014 iaitu 3 seksyen. Pada tahun 2015, tiada ambilan untuk jawatan PTD kerana kerajaan membekukan pengambilan baru untuk perjawatan kerja kerajaan untuk lepasan graduan dan siswazah. Jika ada pun, ia hanyalah pengambilan kecil untuk memenuhi kuota kakitangan kerajaan yang bersara wajib.

Format Terkini Peperiksaan Online PTD 2016

Format Terkini Peperiksaan Online PTD 2016
Untuk peperiksaan online PTD yang dijadualkan pada November 2016, dua seksyen utama adalah:

Seksyen A - Pengetahuan AM
  • 50 soalan
  • Masa menjawab adalah 40 minit
  • 8:00 malam - 8:40 malam

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • 40 soalan
  • Masa menjawab adalah 45 minit
  • 8:55 malam - 9:40 malam

Untuk seksyen A, iaitu pengetahuan AM, calon-calon akan diuji daya kesedaran terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Untuk seksyen B, iaitu daya menyelesaikan masalah, calon-calon akan diberikan soalan mengukur daya berfikir untuk menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran menggunakan logik, kemahiran menginterprestasi data dan maklumat yang diberi, serta konsep matematik.

Nampak seperti mudah, tetapi kebanyakkan calon peperiksaan PTD sebelum ini, malah calon-calon peperiksaan online untuk perjawatan lain ramai yang terperangkap dan gagal menjawab dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Jadi, kepada calon-calon peperiksaan online PTD 2016, pastikan anda tidak mengulangi kesilapan ini. Ini adalah peluang yang akan ada hanya sekali sahaja untuk tahun 2016 ini, jangan persiakan.

Mahu rujukan untuk bantu anda dalam peperiksaan PTD 2016? Klik pautan ini - http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/2624

Selamat maju jaya.

Follow  FB iKerjayaGraduan.