Nov 12, 2016

Contoh Soalan Matematik (Seksyen B) Peperiksaan Online

Dalam peperiksaan online untuk jawatan atau kerjaya di dalam sektor awam, ada bahagian soalan dinamakan Daya Penyelesaian Masalah. Ia merupakan bahagian utama di dalam mana-mana peperiksaan online untuk pelbagai jawatan di dalam kerajaan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Imigresen, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Penguasa Kastam dan sebagainya.

Bahagian ini sangat penting kerana ia akan menguji calon-calon untuk menyelesaikan permasalahan samada dari segi logik dan juga matematik. Soalan-soalan yang dikemukakan semasa peperiksaan online adalah sesuai dengan tahap perjawatan yang diambil oleh calon peperiksaan.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online

Sebagai memberikan gambaran mengenai soalan-soalan yang bakal ditanya di seksyen Daya Penyelesaian Masalah, iKerjaya Graduan sukacita berkongsi beberapa contoh soalan penyelesaian matematik untuk calon-calon.

1. XYZ ialah sebuah segitiga dengan XY = 8 cm dan YZ = 10 cm. jika nisbah XY : XZ = 1 : 2, maka nisbah XY : YZ : XZ ialah

A. 1:2:4
B. 4:5:8
C. 3:2:5
D. 8:4:2

22. Sebuah perpustakaan awam mempunyai 30, 000 buah buku. 40% daripadanya adalah buku-buku sains. Daripada jumlah ini, 25% daripadanya ialah buku Biologi. Jumlah buku Biologi dalam perpustakaan itu ialah

A. 4500
B. 5000
C. 4000
D. 3000

3. CIK Fairuz telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Mega. Jika syarikat itu membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah dividen yang diterima oleh Fairuz dalam tahun itu ialah

A. RM1330
B. RM1650
C. RM2330
D. RM2650

4. Dua buah van masing-masing bergerak dengan kelajuan 100 km j-1 dan 80 km j-1 dari Bandar Melaka ke Bandar Alor Gajah yang jauhnya 50 km. Berapakah perbezaan masa, dalam minit, yang diambil oleh dua kereta itu untuk bergerak dari Bandar Melaka ke Bandar Alor Gajah

A. 4.5
B. 6.5
C. 7.5
D. 8.5

5. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah

A. 55
B. 45
C. 25
D. 35

6. Juli Berjaya menyelesaikan satu set quiz Matematik dalam masa 43 minit 15 saat. Wani pula berjaya menyelesaikan set quiz itu dalam masa 35 minit 26 saat. Berapakah perbezaan masa antara Juli dan Wani dalam menyelesaikan quiz Matematik itu

A. 7 minit 22 saat
B. 8 minit 49 saat
C. 8 minit 22 saat
D. 7 minit 49 saat

7. Dalam sebuah sekolah, jumlah guru ialah 140 orang. Jika bilangan guru perempuan ialah 4 kali ganda daripada guru lelaki, cari bilangan guru perempuan dalam sekolah itu

A. 112
B. 92
C. 98
D. 72

8. 4 orang pekerja boleh membersihkan sebuah daerah dalam 12 hari. Berapa ramai pekerja yang diperlukan untuk membersihkan sebuah daerah dalam 8 hari?

A. 6 orang
B. 8 orang
C. 10 orang
D. 12 orang

9. 6 orang buruh binaan membina sebuah rumah kayu dalam masa 18 hari. Berapa ramaikah buruh binaan yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah rumah tersebut dalam 12 hari?

A. 9
B. 12
C. 15
D. 18

10. Jika 2 paip dapat memenuhkan air sebuah kolam dalam masa 4 jam, berapa lama masa yang diperlukan untuk mengisi air kolam itu dengan 3 paip?

A. 1 jam 30 minit
B. 1 jam 36 minit
C. 2 jam 40 minit
D. 6 jam

Diharap dengan beberapa contoh soalan matematik peperiksaan online ini dapatlah serba sedikit gambaran kepada calon mengenai corak soalan daya penyelesaian masalah yang merupakan bahagian penting di dalam peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Imigresen dan sebagainya.

Untuk rujukan lebih baik, boleh ikuti laman web ini dari semasa ke semasa.

Related Posts


Contoh Soalan Matematik (Seksyen B) Peperiksaan Online
4/ 5
Oleh