Oct 23, 2016

Skim Latihan 1 Malaysia Untuk Graduan

Ramai graduan dan lepasan IPT yang masig lagi tidak mengetahui mengenai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Ia merupakan skim untuk membantu graduan dan lepasan siswazah dari IPT untuk mendapatkan kerja.

Sebenarnya memang masih ramai graduan dan siswazah yang belum mendapat pekerjaan. Malah, ada yang bekerja tidak mengikut kemahiran dan kelulusan sebenar mereka.

Skim Latihan 1 Malaysia Untuk Graduan

SL1M bertujuan untuk membantu dua kumpulan sasaran berikut:

  1. Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman. 
  2. Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi. 

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Antara syarikat yang menyediakan program Skim Latihan 1Malaysia ini termasuklah Maybank, Skills Johor, dan banyak lagi. Malah, untuk pengetahuan graduan yang mungkin mahu bekerja di sektor awam, terdapat lebih 200 saluran lain selain daripada SPA.

SL1M mengandungi modul-modul untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja bagi graduan Malaysia. Modul tersebut disusun selaras dengan kehendak industri dan sektor pekerjaan semasa.

Modul SL1M

  1. Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M: 
    • Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan 
    • (Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000) 
    • Komunikasi Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif Penyesuaian Organisasi Nilai-nilai maju diri serta Profesional Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
  2. Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda: 
    • Latihan di dalam kelas 
      • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris 
      • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris 
      • Pengurusan Kewangan
      • Keusahawanan
      • Penguasaan Motivasi Diri
      • Penguasaan Disiplin Diri
      • Pemantapan Rohani dan Jasmani
      • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim
  3. Latihan di luar kelas
    • Penerapan Semangat
    • Berpasukan Aktiviti
    • Pengurusan Acara/Majlis Projek
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
      • Tekwando
      • Aktiviti Berkawad
      • Sukan dan Kokurikulum Luar
    • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan) (Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

Pastikan anda langgan apa-apa pengumuman terkini bersama iKerjaya Graduan menerusi ruang disediakan.



Related Posts


Skim Latihan 1 Malaysia Untuk Graduan
4/ 5
Oleh