Program SL1M Puncak Niaga Untuk Lepasan Graduan IPT

Program SL1M Puncak Niaga Untuk Graduan. Anda berminat untuk mendapatkan kerja di sektor swasta? Apakata anda sertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di dalam Puncak Niaga Sdn. Bhd. Ia satu program yang sangat bagus, yang telah dimanfaatkan ramai lepasan siswazah dan graduan baru keluar dari Universiti untuk peluang lebih cerah mendapat pekerjaan.

SL1M - Program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Program SL1M Puncak Niaga Untuk Graduan

Jika anda adalah graduan ijazah dan masih mencari kerja mungkin ini laluan dan saluran kerjaya untuk anda.

Puncak Niaga kini membuka peluang kepada graduan untuk menyertai Program SL1M-Puncak Niaga. Jom mohon beramai-ramai.

Sila rujuk poster di bawah ini untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan. Klik imej jika kurang jelas.

Program SL1M Puncak Niaga Untuk Graduan

Anda perlu menghantar resume sebelum tarikh tutup permohonan di alamat email berikut - hrm@ puncakniaga.com.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2016.

Jangan lupa untuk melanggan percuma dan dapatkan info terkini berkaitan kerjaya terus ke email anda. Isi alamat email di ruangan disediakan.

0 comment... add one now