Program Kebolehpasaran Siswazah oleh Skills Johor

Program Kebolehpasaran Siswazah atau Graduate Employability Programme adalah salah satu program yang dianjurkan dan dikelolakan oleh Skills Johor. Ia adalah sebuah program khas untuk bantu graduan dan siswazah memperoleh kemahiran tertentu supaya menambahkan nilai untuk berada di dalam pasaran kerja.

Skills Johor dari semasa ke semasa sedang melaksanakan inisiatif ini untuk melengkapkan dan membantu graduan serta siswazah menerusi langkah-langkah berikut di dalam program yang dianjurkan:

  • Dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan oleh industri yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka;
  • Dengan pengalaman kerja yang berkaitan yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka;
  • Menerokai laluan kerjaya untuk graduan; dan
  • Penempatan pekerjaan.

Program Kebolehpasaran Siswazah oleh Skills Johor

Program Kebolehpasaran Siswazah atau Graduate Employability Programme adalah program tajaan kerajaan negeri Johor. Ia bukan sekadar terbuka untuk graduan dan siswazah dari negeri tersebut, malah untuk semua graduan dan siswazah yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan.

Di dalam program tajaan kerajaan ini, graduan akan menyertai latihan kemahiran selama 1 - 2 bulan, dan kemudian akan ditempatkan bersama industri sebagai pekerja tetap.

Program yang ditawarkan untuk Graduan adalah seperti ditunjukkan di bawah:


Kepada para graduan dan siswazah lepasan IPT dalam negara dan luar, sekiranya anda masih lagi mencari peluang dan sumber kerjaya, mungkin ini adalah untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan diri secara percuma di pautan diberikan di bawah ini. Pihak Skills Johor akan hubungi anda dalam tempoh 3 hari bekerja.

[+] Daftar Skills Johor - Program Kebolehpasaran Siswazah Skills Johor

Antara dokumen yang perlu anda sediakan sebelum mengisi borang pendaftaran permohonan:
  1. Resume terkini diri anda.
  2. Salinan transkrip.
  3. Salinan kad pengenalan.

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen di atas untuk dimuat-naik semasa mengisi borang pendaftaran permohonan ini.

Semoga berjaya.

0 comment... add one now