Kerjaya Bilal, Pegawai Agama dan Guru Tasmi' Puncak Niaga

Saluran dan sumber kerjaya di iKerjaya Graduan ingin memaklumkan satu peluang untuk mana-mana lepasan siswazah yang berminat untuk mengisi perjawatan kerjaya berikut iaitu sebagai Bilal, Pegawai Agama Wanita dan Guru Tasmi'. Peluang ini adalah untuk mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang agama.

Pihak Puncak Niaga mengundang dan sedang mencari calon sesuai untuk jawatan Bilal, Pegawai Agama Wanita dan Guru Tasmi'. Info jawatan kerja kosong yang ditawarkan oleh Puncak Niaga adalah seperti berikut:

Kerjaya Sebagai Bilal, Pegawai Agama Wanita dan Guru Tasmi' Bersama Puncak Niaga

Kerjaya Sebagai Bilal, Pegawai Agama Wanita dan Guru Tasmi' Bersama Puncah Niaga

Bilal

Kelayakan
  • Ijazah dalam pengajian Islam / Syariah Islamiah / Bahasa Arab / Quran dan Sunnah atau setaraf dengannya.
  • Mempunyai Sijil Tahfiz Al – Quran (Hafiz)
  • Minimum 1 tahun pengalaman dalam bidang dakwah atau pendidikan.
  • Komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia, fasih menulis dan membaca dalam Bahasa Arab adalah satu kelebihan.
  • Boleh bekerja secara berdikari dengan penyeliaan yang minima.
  • Mempunyai lesen kelas D yang sah.
  • Mempunyai suara yang baik dan boleh mengalunkan azan yang baik
  • Boleh bertarannum adalah satu kelebihan

Pegawai Agama Wanita

Kelayakan
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam / Syariah Islamiah / Bahasa Arab / Quran dan Sunnah, Usuluddin atau setaraf dengannya.
  • Minima 3 tahun pengalaman di dalam bidang dakwah atau pendidikan
  • Mempunyai Sijil Tahfiz Al – Quran adalah satu kelebihan
  • Fasih berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Arab.
  • Berpengalaman mengajar dan memberi ceramah agama.
  • Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas
  • Mempunyai lesen memandu kelas B2 dan D yang sah
  • Sanggup melakukan pelbagai tugas tanpa mengira waktu
  • Boleh bekerja secara berdikari di bawah penyeliaan yang minima

Guru Tasmi'

Kelayakan
  • Mempunyai Ijazah di dalam Pengajian Islam / Syariah Islamiah / Bahasa Arab / Quran dan Sunnah / Qiraat atau yang setaraf dengannya
  • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan ke atas
  • Mempunyai 5 tahun pengalaman di dalam mengajar tahfiz Al-Quran
  • Penghafaz Al-Quran (30 juzuk) dan mempunyai Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan tartil serta mempunyai asas dalam ilmu taranum
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di dalam Bahasa Malaysia. Kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Arab adalah satu kelebihan.
  • Berupaya menjalin kerjasama dan hubungan dengan ahli-ahli kariah
  • Boleh tinggal di Pusat Tahfiz (di Puncak Alam, Shah Alam)

Jika berminat, sila emailkan resume ke hrm@ puncakniaga.com.my

Tiada tarikh tutup permohonan dinyatakan.

0 comment... add one now