Info Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk Graduan dan Siswazah

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Graduan Siswazah. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman.

Info Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Graduan Siswazah

Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Graduan Siswazah

Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan komitmen daripada Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara amal jariah serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu, graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Dalam merealisasikan usaha Kerajaan untuk meningkatkan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, Insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang menyertai Program SL1M telah diberikan ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih graduan di bawah Program SL1M. Dengan adanya insentif ini, ianya dapat menarik lebih banyak penglibatan syarikat di samping membantu mengurangkan kadar kos yang ditanggung oleh syarikat. Melalui program ini, syarikat akan menerima manfaat dengan mendapat calon yang berpotensi sebagai pekerja syarikat bagi membantu membangunkan syarikat di masa hadapan.

Berminat nak tahu mengenai peluang menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ini? Pastikan anda daftarkan diri anda di ruangan telah disediakan.

Untuk info lanjut mengenai program-program di bawah SL1M ini, boleh rujuk di sini - SL1M Official