11 Nasihat Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Untuk Graduan Melayu

Adakah anda kenal dengan saudara Hafiz Mansor? Beliau adalah seorang bekas lulusan Diploma yang bercita-cita tinggi. Dengan lulusan dan pengetahuan yang ada, beliau membina dimensi perniagaannya sendiri sehingga menjadi idola malah ikon bisnes kebanyakkan para belia.

Pernah dikecam oleh netizen menerusi penulisannya yang agak kritis di media sosial, sehingga menjadi viral di beberapa blog berpengaruh di Malaysia.

Berikut adalah nasihat saudara Hafiz Mansor kepada graduan dan lepasan siswazah yang patut dijadikan panduan, rujukan malah mungkin tips untuk menghadapi dunia kerjaya yang serba mencabar sekarang.

11 Nasihat Pengasas CoolHijab Kepada Graduan Melayu

11 Nasihat Hafiz Mansor Pengasas CoolHijab Kepada Graduan Melayu
Ramai graduan yang manja dan tak boleh berdikari pada zaman sekarang. Bab teori pandai, cgpa tinggi tapi bila buat kerja lemah segala aspek. Aku nak nasihat sikit kepada graduan dan anak melayu bila nak mintak kerja dan dah dapat kerja.

1. Kau dah abis belajar tu, bila dapat tawaran kerja, kerjalah sekurang-kurangnya 6 bulan kat tempat kerja yang bagi kau kerja. Bukan kerja sebulan dua, kau rasa tak best, kau blah.

2. Bila kau tak minat kerja dengan kerja baru, kau nak berhenti pun, kau mohon elok2. Bukan keluar macam tu saja bukan apa, takut kau datang ketuk balik mohon kerja.

3. Bila kau dapat kerja sebagai designer contohnya, bukan bermakna kau kerja design sepenuh masa. Bila bos minta tolong sapu sampah, kemas meja, susun buku, kau buat sajalah kerja yg sekali sekala tu.

4. Bila kau kena tegur dengan bos, jangan kau lepaskan kemarahan kau dalam facebook dan menghasut staff lain. Kena tegur mesti ada yang tak kena. So perbetulkan balik. Ingat bos saja2 nak tegur ke setan?

5. Bila kau kerja yg tempat kerja kau hanya pakai t-shirt semua, tapi kau jangka kau pakai kemeja dengan tie, itu bukan masalah. Bos bagi pakai bebas, kau pakai la. Kalau kau nak pakai kemeja dan tie, baju tuan hakim ke, baju bomba ke, kau pakai lah. Janji siapkan kerja.

6. Kau jangan nak memilih sangat kerja pada zaman rejim najib shipudden ni. Kerja dulu dengan peluang yg ada. Tak semestinya kau belajar elektronik, kau kena kerja berkaitan elektronik. Kalau kau kerja kedai makan pun, silap2 nanti ada org offer kerja lebih baik bila tgk dan tau kau graduan.

7. Baru kerja dan dapat gaji, kau jangan berlagak nak mampus nak pakai iphone 7, beli itu ini yg tiada kepentingan. Jimat dulu duit gaji kau tu. Bila nnti tak cukup duit, kau mula nak demand gaji dgn bos kau.

8. Dah dapat kerja tu, jangan la sesuka hati nak jemput BF/GF/Kawan2 kau lepak opis tempat kau kerja. Keluar masuk opis sesuka hati. Abah kau!

9. Hormati bos kau, kawan2 staff kau yang lain. Kau jangan berlagak kau ada ijazah, diploma kau boleh cakap gah. Zaman skg dah tak ada derr.. Kalau kau boleh buat kerja, bos dan staff2 lain suka kau.

10. Paksa diri untuk kau suka kerja yang kau kerja sekarang untuk biasakan diri kau tu dari sistem pendidikan negara yang lapuk. Dengan pengalaman kerja kau sekarang, akan buat otak kau berubah apa kau nak jadi nnti.

11. Mana-mana tempat kau kerja, kau kena banyak bersabar. Baru 2 bulan kerja dah minta up gaji, minta itu ini, datang kerja tak ikut waktu, minta cuti dan sebagainya. Lain kali jangan apply kerja kalau kau jenis tak sabar. Pergi jual jubor la kau.

Apa2 pun, kau kerja lah sehabis baik bila bekerja. Bersyukur sebab org lain masih mencari2 lagi kerja. Yg dah ada kerja lama pun boleh hilang kerja sekelip mata. Buang ego kau tu.

Semoga apa yang dipaparkan ini sedikit sebanyak buka minda, dan menyedarkan diri para graduan dan lepasan ijazah, terutama belia-belia Melayu.

Saudara Hafiz Mansor, ada berkongsikan suka duka kehidupan beliau sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam sebuah buku, malah terdapat banyak tips yang dikongsikan mengenai bisnes untuk belia. Berminat nak mendapatkannya?

[+] Tempah Bankrup Jadikan Aku Kaya

Artikel Asal - Nasihat Kepada Graduan


0 comment... add one now